Nasib Orang Asli

Beberapa hari lalu, satu perarakan Orang Asal untuk menuntut hak mereka telah dihalang oleh polis. Bagi orang-orang Umno/BN, isu ini digunakan sekali lagi sebagai satu alasan kuasa politik orang Melyu sudah terhakis. Sekarang, semua orang bangkit menuntut hak, tak macam dulu…. apa saja yang Umno cakap….semua diam.

Penghulu Andak bersembang dengan Abang Leman, Mejar Kahar dan Roslan
Semalam, aku ikut member-member dari Grik, Abang Leman, Mejar Kahar dan Brader Roslan,  untuk melihat sendiri masalah orang Asli di sana.
Masalah secara terperinci, mungkin memerlukan pemerhatian yang mendalam, dalam lawatan satu hari, aku cuma boleh nampak masalah-masalah dasar.
Nasib orang asli lebih kurang sama macam nasib orang melayu dikampung. Dipermainkan dan dipergunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin Umno.
Kampung yang paling hampir dengan Lebuhraya Timur Barat ialah Desa Pengkalan Permai. Kalau dari Grik, mengambil masa lebih kurang 45 minit menaiki Hilux. Dari lebuhraya, jaraknya hanya lebih kurang 2 kilometer, tapi tiada kemudahan letrik. Pemimpin Umno hanya masuk kampung ini bila tiba pilihanraya. Dimasa lain, masuk untuk tengok balak.
Dulu, Orang Asli tinggal dihutan, hidup dengan hasil hutan…tak ada masalah. Tetapi kerajaan mahu meningkatkan taraf hidup mereka konon, lalu memindahkan mereka ke satu tempat yang dipanggil Rancangan Penempatan Semula. Walaupun tujuan nya bagus, tapi pelaksanaannya gagal kerana niat tersembunyi ialah untuk memonopoli balak-balak dihutan.

Sungai Raba yang sudah tercemar
Kawasan hutan disekeliling 18 buah kampung orang Asli di Grik ini sudah hampir musnah kerana pembalakan. Air sungai yang menjadi sumber bekalan air kepada orang Asli sudah tercemar.
Dimusim hujan, air sungai tidak boleh digunakan, dan orang Asli terpaksa menadah air hujan untuk dijadikan minuman. Dimusim panas, penduduk kampung terpaksa berdepan dengan debu-debu jalan yang berterbangan setiap kali lori balak melintasi kampung.
Khazanah hutan tidak lagi dapat dikecapi oleh orang Asli. Damar, gaharu, petai. rusa dan kijang sudah tiada kerana pembalakan. Orang asli hanya dapat debu dan kotoran, manakala untung balak masuk kedalam poket pemimpin Umno. Dan jangan lupa, kawasan ini adalah kawasan Tajol Rosli, bekas Menteri Besar Perak.
Hutan-hutan disekeliling Tasik Banding sudah hampir musnah. Penduduk orang Asli terpaksa tinggal dikawasan penempatan semula tanpa sumber-sumber ekonomi. Ibu-ibu terpaksa menahan lapar demi anak-anak, dan bagi mereka, tiada beza bagi Ramadan atau Syaaban.
Bila ditanya, masing-masing mempunyai nama Islam. Mungkin mereka telah diIslamkan sebelum ini. Tetapi berapa kali pegawai ugama masuk kekampung ini dalam setahun? Kalau Mufti Perak mengatakan hampir 300,000 orang Islam telah murtad, mungkin lebih seribu daripadanya ada disini. Jangan salahkan mereka! Jika begini layanan yang diberikan kepada mereka oleh pemimpin Islam, yang bersalah ialah pemimpin itu sendiri.
Apakah masa depan ibu-ibu muda, baru berumur lima belas tahun sudah mempunyai dua anak? Suami pula terpaksa mencari kerja sebagai buruh kontrek di pekan Grik yang jauhnya berpuluh kilometer dari rumah?
Yang pasti, anak-anak akan membesar tanpa didikan, yang akan mewarisi kesusahan dan penderitaan ibu-bapa.
Hutan Belum dan Tasik Banding mempunyai khazanah alam yang amat berharga.
Semuanya bergantung kepada pengurusan dan keikhlasan pemerintah dan pemimpin. Jika diuruskan dengan sempurna, semua rakyat dapat menikmati kemewahan yang ada. Tetapi sekiranya ada pemimpin yang hanya tahu bagaimana untuk mengisi tembolok sendiri, maka rakyat akan menderita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s