Certot 1 – Bapak aku

Oleh: Nizam Zakaria
Bapak aku, dia selalu spend time depan komputer. Dia chatting dalam IRC. Cari jantan. Hari-hari dia buat macam ni. Kekadang tu, lepas chatting dia akan menghilang. Dia beritahu mak aku, dia nak keluar beli rokok. Dia akan hilang dalam masa tiga empat jam, lepas tu dia balik. Muka dia nampak berseri-seri. Mak tak boleh nak cakap apa dah. Dia dah give up.

Semalam aku tanya bapak aku kalau dia boleh tolong aku dengan homework matematik tambahan aku. Dia kata dia sibuk. Dia ada date aku rasa. Dengan sorang budak yang aku rasa hanya 3 atau 4 tahun lebih tua dari aku. Budak UM. Aku tahu sebab aku pernah check handphone bapak aku. Ada macam-macam gambar jantan dalam handphone dia tu. Gambar budak tu ada dalam handphone bapak aku. Gambar dia tersengih pakai baju sama yang bapak aku belikan untuk aku masa dia pergi ke Bandung bulan lepas.

Aku tak kisah bapak aku macam ni, yang dia suka dengan jantan. Tapi aku kisah sangat bila dia habiskan masa dia dengan jantan lain dan bukan dengan aku. How I wished kalau dia ada masa untuk ajar aku main basikal, bawak aku tengok wayang, atau bawak aku jalan-jalan macam apa yang dia buat dengan anak-anak ikan dia yang lain.

Aku tak tahu kalau mak aku tahu pasal bapak aku. Mungkin dia tahu tapi dia dah malas nak kata apa dah. Dia dah malas…

Macam aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s