Certot 13 – Kiki dan Socks

Oleh: Nizam Zakaria
Nurul selalu dapat dilihat bercakap seorang diri. Sebenarnya, dia bukannya bercakap seorang diri, tetapi dengan seorang imaginery friendnya yang bernama Kierkegaard (yang dipanggilnya Kiki). Bila dia ke tempat kerja naik LRT, dia akan pastikan tempat duduk disebelahnya dibiarkan kosong supaya Kiki dapat duduk disebelahnya. Selalunya, orang yang naik LRT, tak nak duduk pun di sebelahnya, sebab diorang takut nak duduk di sebelah orang yang bercakap seorang diri. Ye lah, kat Malaysia ni, siapa yang nak duduk sebelah orang gila, kecuali lah kalau yang gila tu ahli politik.

Nurul tak pernah menganggap dirinya gila. Sejak kecil lagi dia telah berkawan dengan Kiki. Disebabkan Nurul sudah mempunyai seorang kawan seperti Kiki, dia rasa dia tidak perlu mempunyai kawan yang lain.

Tapi pada satu hari, Nurul terserempak dengan seorang jejaka yang sedang bercakap seorang diri di dalam gerabak LRT. Oleh kerana terlalu kurius, dia pun bertanyakan pemuda yang bernama Kairel itu kenapa dia bercakap sorang-sorang. Kairel kata dia tak bercakap sorang-sorang, tetapi dia bercakap dengan kawannya yang bernama Socrates yang dipanggilnya Socks. Nak dipendekkan cerita, kerana Nurul dan Kairel sama-sama pelik, mereka akhirnya berkawan baik.

Masalah mula timbul apabila Nurul dapati Kiki dah tak ambil endah kepadanya lagi. Apabila Nurul tanya Kiki kenapa, Kiki kata dia dah mula suka kepada Socks . Perkara yang sama berlaku kepada Kairel. Dia merasa runsing apabila Socks dah tak nak melayan kerenahnya macam dulu. Nurul dan Kairel terus menjadi murung, lebih-lebih lagi apabila mereka dapat melihat Kiki dan Socks selalu sahaja kelihatan bahagia bersama, berjalan ke sana ke mari berpimpin-pimpin tangan, macam yang selalu kita nampak dilakukan oleh pekerja Indon atau Nepal, tapi kita buat-buat tak nampak tu.

Nurul dan Kairel rasa diri mereka dikhianti oleh kawan baik mereka sendiri, jadi mereka berdua membuat rancangan untuk memberi Kiki dan Socks satu pengajaran yang tidak mungkin dapat lupakan oleh mereka berdua.

Masalahnya sekarang, belum sempat Nurul dan Kairel nak buat apa-apa, Kiki dan Socks dah lari ke Sweden sebab mereka berdua adalah peminat nombor satu The Cardigans, ABBA, Roxette, Ace of Base, dan Ikea. Makanya, Nurul dan Kairel tak jadi untuk terjun dari bangunan 20 tingkat kerana fikir mereka hanya dengan cara itu, mereka boleh melenyapkan Kiki dan Socks dari muka bumi ini lantas menghalang mereka dari terus hidup sebagai pasangan bahagia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s