Certot 14 – Cahaya Bulan

Oleh: Nizam Zakaria
Rahimah menyimpan impian nak jadi seorang Angkawasanita Negara, tapi dia tak belajar tinggi dan mukanya tak cantik untuk product endorsements, jadi rasa-rasanya peluang dia untuk dia capai cita-cita murninya, tak ada langsung.

Tujuan utama Rahimah sebenarnya adalah untuk naik roket ke bulan. Rahimah tak kisah kalau dia kena bayar harga yang tinggi untuk ke bulan dan bayar secara ansuran, seperti mana dia membayar secara ansuran perabot-perabot Courts yang ada di dalam rumahnya. Rahimah akhirnya dapat tahu kali terakhir manusia dihantar ke bulan adalah pada tahun 1972. Dah lama tu. Jadi Rahimah rasa, mungkin tak logik rasanya kalau dia menyimpan cita-cita untuk naik roket ke bulan.

Jadi Rahimah tukar impiannya. Dia kata dia nak jadi memandu teksi. Jadi pada awal tahun ni, Rahimah jadi seorang pemandu teksi. Dia adalah di antara peratusan kecil pemandu-pemandu teksi kat KL yang jujur, berbudi bahasa serta memandu teksi menggunakan meter.

Rahimah akhirnya belajar untuk berasa syukur dengan apa yang dia ada, walaupun dia tak dapat untuk terbang ke bulan, kerana dia cukup gembira menjadi seorang pemandu teksi. Lebih-lebih lagi apabila malam tadi, seorang remaja perempuan yang telah menjadi penumpangnya, membuang bayi yang baru sahaja dilahirkannya ke dalam teksinya.

Rahimah menamakan bayi itu Nur Luna. Dia berdoa agar satu hari nanti Nur Luna akan dapat meneruskan cita-citanya untuk terbang ke bulan sebagai sorang angkasawanita dari Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s