Certot 17 – Superhero

Nizam Zakaria
Adiwira (atau nama sebenarnya, Khairel bin Abdullah) adalah seorang superhero yang berasal dari Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Menurut cerita, sebuah meteor telah jatuh di atas bendang di belakang rumahnya. Ketika itu, Adiwira berusia 7 tahun. Dia telah menyentuh meteor yang terjatuh itu, lantas kuasa yang ada pada meteor tersebut terus berpindah ke dalam tubuhnya. Sejak hari yang bertuah itu, Adiwira terus dianugerahkan dengan kuasa yang luar biasa dan dibebani dengan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Lapan tahun yang lalu, apabila Adiwira berusia 25 tahun, dia telah dilawati oleh perwakilan dari Planet Nalidaek yang mengatakan bahawa mereka telah merancangkan agar Adiwira mendapat kuasa luar biasa ini agar Adiwira dapat menegakkan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Dalam pertemuan itu, Adiwira telah diberitahu bahawa dia mempunyai satu kelemahan yang mampu melemahkan malah melumpuhkannya; tembaga hijau.

Hari ini, tak ada sesiapapun yang tahu di mana perginya Adiwira. Dia hilang begitu sahaja seminggu selepas dia menyatakan di dalam sebuah sidang akhbar bahawa dia mahu melenyapkan korupsi, nepotisme, rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia. Segala ucapannya yang berkobar-kobar di dalam sidang akhbar itu langsung tidak diberitakan di dalam media arus perdana. Dua-tiga tahun selepas kehilangannya secara misteri itu, tak ramai pun orang di Malaysia yang ingat akan kewujudannya, maka ternyata benarlah pendapat sesetengah orang yang mengatakan orang Malaysia memang mudah lupa.

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kehadiran deligasi dari Planet Nalidaek yang turun ke bumi untuk mencari sebuah penjara yang mereka dakwa diperbuat daripada tembaga hijau di daerah Kamunting…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s