Klinik politik – Anwar dibantu AS dan Islam Liberal?

(Ruangan Klinik Politik menjawab beberapa pertanyaan dan kenyataan yang kerap menghinggap sms penulis dan mel-e beliau di ibnuamir@yahoo. com.)

Soalan:- Saya mendengar cakap-cakap umum bahawa di belakang Anwar itu ada Amerika Syarikat dan Islam Liberal. Beliau kerap dinobatkan rakyat sebagai bakal Perdana Menteri. Bagaimana sikap kita tentang hal ini?

Rahmah, Kota Bharu, Kelantan.

Jawapan:-

Cik Rahmah, pertamanya, andaian seumpama ini harus dinilai melalui cara agama kita. Sesiapa pun yang berada di tempat Anwar akan berusaha mencari sokongan di luar. Mungkin, kalau kita di tempat beliau pun, kita akan membuat hal yang sama.

Pertama sekali, perlu dijelaskan sikap saya kepada Anwar. Saya bukan pro Anwar, saya pro kepada kebenaran yang cuba diangkat oleh Anwar. Kita ini mestilah pro Tuhan, kerana Tuhan sentiasa memihak kepada kebenaran.

Izinkan saya cerita tentang hal peribadi sedikit walaupun saya sebenarnya tidak suka mengulang-ulang kembali cerita lama. Ia berhubung sikap saya ketika berseteru dengan HEP USM sekitar 2004 – 2005.

Strategi yang saya gunakan ketika berentap melawan TNCHEP USM adalah lebih kurang sama dengan strategi Anwar melawan Umno-BN. Iaitu, kita akan gunakan segala macam cara untuk menghebahkan kebejatan HEP.

Blog, (ketika itu saya menggunakan multiply, blogspot belum popular dan jika YouTube pun terkenal pada saat itu, nescaya saya menggunakannya)

Akhirnya, isu itu diangkat oleh suatu pertubuhan wartawan antarabangsa, dikenali sebagai SEAPA. Timbul kekecohan sebentar dalam kalangan pensyarah tentang bagaimana hal itu berlaku. Saya pun tidak tahu.

Ini semua, bagi saya, adalah kerja Tuhan. Ekoran itu, terdapat banyaknya lambakan surat demi surat yang bertebaran di atas meja TNC Dato’ Prof Jamaludin Mohaiadin. Dan, hal ini meresahkan beliau.

“Macam mana you buat semua ini?” tanya beliau. Saya terpinga-pinga, tidak tahu apa-apa. Ketika itu beliau memanggil saya ke pejabatnya secara tidak rasmi. “Banyak betul surat bantahan dari luar negeri tentang you.”

Selepas itu, saya dapat melihat laporan-laporan picisan berhubung SEAPA tersebar di laman Idealis Mahasiswa. Laporan yang bukan-bukan. Konon kata mereka, SEAPA adalah sebuah pertubuhan yang sengaja ditubuhkan dengan tujuan mencari di mana kesilapan pendidikan di Malaysia, dll.

Walhal, pertubuhan itu bukanlah bermotifkan dengan maksud tersebut. Ia adalah pertubuhan yang membela nasib penulis atau wartawan yang telah hilang, terbunuh dalam peperangan atau dikenakan penindasan kerajaan.

Itulah yang saya ketahui serba sedikit mengenainya. Oleh kerana orang di HEP ini kuat dan tebal betul semangat Umno dan tergolong dalam kaum Umno Harbi, saya tidak hairan hal ini boleh berlaku.

Walhal mereka sendiri terlibat dengan Freemason, musuh Islam semenjak dulu dan beberapa acara mereka ada sangkutan dengan AS. Umno adalah dajal, yang handal dalam tipudaya. Ini saja formula untuk mengetahuinya.

Berdasarkan maklumat yang kerap saya terima, antara pihak dan dalang dalam parti pemerintah yang kerap menggunakan strategi ini ialah BTN, Akhbar Mahasiswa. Saya yakin 80% mereka ada hubungan.

Memang betul Anwar ada hubungan dengan AS. Beliau memang diajak ke sana untuk bercerita mengenai masalah politik Malaysia. Apa masalahnya di sini? Memang dia terhumban, merengkok penjara angkara difitnah liwat iaitu sesuatu yang tidak muda diterima jumhur khalayak rakyat waras.

Dia mesti bercerita untuk melepaskan tension yang bersarang di dadanya. Dan sekali lagi, harus diingat, bahawa catatan ini ditulis bukan bererti saya ini pro Anwar 100%, tetapi saya menyokong kebenaran yang diangkatnya.

Jangan diperbodohkan lagi
Tapi, harapnya, janganlah kita sampai sanggup dan sudi diperbodohkan lagi dengan khabar-khabar yang menonjolkan Anwar seperti watak begitu. Apatah lagi kita memang tidak nampak apa yang Anwar sedang dan telah lakukan di luar negara.

Tiba-tiba, ada pihak yang bertindak mencederakan peribadi Anwar dan dia adalah Umno yang punya rekod buruk dalam memperbodohkan rakyat di negara ini, menangkap dan menahan orang tanpa bicara dan sebagainya.

Benar! Rakyat kita masih percaya kepada Umno dan kerana Umno adalah Tuhan mereka. Kalau mereka percaya kepada al-Qur’an, nescaya mereka tidak menjadi sebegini.

AS ada sikap ingin menyelidik
Satu lagi isu, ialah AS suka menyelidik. Banyak badan-badan penyelidikan yang ditubuhkan bagi mengkaji kegiatan-kegiatan persatuan di beberapa negara tertentu. Menurut hemat saya, ini tradisi warisan untuk menjajah.

Hal yang sama dilakukan oleh Vasco De Gama, orientalis terdahulu yang menubuhkan SOAS di universiti-universi ti di Barat dengan tujuan mengkaji perkembangan belahan dunia Timur. Hal ini masih berlanjutan.

Anwar dan beberapa orang pimpinan negara lain di belahan dunia Timur ini tentunya antara subjek kajian mereka. Itu sudah pasti. Tentunya juga mereka ini mengkaji Umno, Abdullah Ahmad Badawi termasuklah Najib.

Mereka ada maklumat tentang Khairy, kapal selam Scorpene dari Perancis, pembunuhan Altantuya dan sebagainya.

Apabila saya tamat pengajian, seorang penyelidik mengenai politik pelajar di Malaysia, namanya Meredith dari AS telah menghubungi saya. Beliau ingin mencatat beberapa perkara dan senario dalam kampus yang berlaku sepanjang tahun 2000 hingga tahun-tahun yang terakhir.

Ini perkara biasa dan proses itu akan terus berlaku. Budaya dan tradisi ini tidak wujud dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Pas juga tidak bangunkan badan-badan penyelidikan untuk mengkaji Barat dan Yahudi. Yang ada, adalah orang perseorangan dalam Pas yang buat penyelidikan peribadi. Itu mungkin ada. Jadi, bagaimana nak memerintah?

Yang ada, adalah individu yang cuma memberikan kenyataan tentang hal kesukaran menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September dan hal itu, menurut saya, belum boleh diangkat sebagai satu darjat keilmuan.

Maksud saya, kalau tak jadi pun, orang pun boleh agak. Tak perlu bagitau pun tak apa. Biarlah hal kegagalan itu keluar daripada lidah Abdullah. Kita pun tak rasa sakit hati sangat. Sebab, memang Umno musuh rakyat!

Syahadan kita perlu mengenali siapa musuh kita yang sebenarnya. Melayu kita yang bijaksana telah menyediakan banyak ungkapan seperti …

1. Musuh dalam selimut
2. Gunting dalam lipatan
3. Duri dalam daging
4. Api dalam sekam
5. Tali barut (mula popular sejak zaman penjajahan Jepun)

Kita mungkin boleh kenal siapa kawan, siapa lawan kita dengan jelas. Tapi siapakah ‘rasoh’ (rakan yang sebenarnya musuh) dan munafik (Muslim di luarannya, kufur dalamannya), hal itu perlukan penjelasan.

Kalau tak salah saya, Sun Tze, pengarang The Art of War (atau mungkin Confusius): Kalau kita dapat mengenali betul-betul siapa kawan dan siapa musuh, maka dalam 100 peperangan, kita mendapat 100 kemenangan.

Mungkinkah dalam banyak peperangan yang menyaksikan pembangkang tewas melawan Umno sebelum ini adalah berpunca daripada kegagalan kita mengenalpasti siapakah kawan dan lawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s