Certot 18 – Datuk Shahrukh Khan

Oleh: Nizam Zakaria
Sebaik sahaja aku celik mata, bini aku beritahu, pelakon kesayangan dia, Shahrukh Khan dapat pangkat Datuk. Dia tersenyum lebar, macam dia pulak akan yang akan dapat pangkat Datin. Aku pulak tak percaya sebab dulu dia pernah cakap kat aku yang heroin Harry Potter dah masuk Islam dan Kopi Startbucks tu haram, semata-mata kerana semua info tak betul macam tu dia dia dapat dari Internet.

Tapi apa yang dia cakap tu betul. Aku dah check sendiri dalam suratkhabar dia bagi kat aku.

“Sayang, tapi apa yang hero awak tu dah buat untuk kemajuan dan kemakmuran Malaysia? Apa pengorbanan dia kepada negara kita?” Aku tanya bini aku bersungguh-sungguh.

“Alah, abang jeles kan sebab saya suka kat dia, kan?”

“Ni bukan pasal jeles ke apa, sayang… Ye lah, ada ramai lagi rakyat kita yang dah naikkan nama Malaysia, ada yang dah berkorbankan nyawa untuk negara kita ni… Diorang tu, perhargaan pun tak dapat, inikan pulak nak dapatkan pangkat dan darjat macam si Shahrukh Khan awak tu!”

“Alah bang… Pangkat Datuk ni mana ada value lagi. Kat Malaysia ni bersepah-sepah lah bang orang dapat pangkat Datuk. Jadi abang emosi sangat pagi-pagi buta ni kenapa?” kata bini aku bersungguh-sungguh. Bila dia tengok aku diam, dia menambah lagi sambil mencuit perut aku: “Agaknya, sebab nama dia macam nama Sultan Melaka zaman dulu-dulu kot… Kan Sultan Melaka dulu ramai yang ada nama ‘shah’. Sebab tu lah dia dapat pangkat Datuk!”

“Apa awak dah buang tebiat ker bagi alasan yang tak masuk akal macam tu?”

“Abang ni! Saya tahu lah saya tak masuk universiti macam abang! Abang kata saya buang tebiat pulak! Saya tahu lah saya ni bodoh!”

“Awak tak bodoh…” kataku perlahan. Bini aku terus bergegas keluar dari bilik tidur dengan muka macam macam cuka yang terlalu lama diperam. Aku rasa, pagi ni aku kena buat sarapan sendiri…

Bini aku tak bodoh. Yang jelas sejelas-jelasnya aku tahu siapa yang sebenarnya bodoh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s