Certot 20 – Superhero (II)

Oleh: Nizam Zakaria
Seperkara yang aneh tentang diri Hilmi ialah, dia mempunyai kuasa seorang superhero. Sejak kecil lagi dia yakin bahawa dia mampu untuk hilang lalu muncul di satu lokasi yang berlainan.

Hilmi melakukan perbagai kajian tentang kuasa teleportasi melalui beberapa buah laman dan forum yang ada di Internet. Pada satu hari, entah mengapa, seorang pemuda dan Boise, Idaho yang bernama Raymond menghubunginya melalui emel dan memberitahu bahawa dia dan beberapa orang lain mempunyai kuasa yang sama dan mereka berjaya mempraktikkan kuasa yang mereka ada.

Raymond mengajarnya cara untuk menumpukan perhatiannya, lalu hilang dan muncul di mana-mana tempat yang berdekatan. Setelah beberapa bulan mencuba dan mencuba, akhirnya Hilmi berjaya juga menguasai kuasa teleportasi.

Helmi memberitahu tentang kuasanya itu kepada kekasihnya, Rima yang sangat-sangat disayanginya, kerana Helmi tak mahu sekali-kali berbohong dengan Rima, cinta matinya. Rima berkali-kali suruh Helmi buktikan kuasanya itu, tapi Helmi tak mampu. Helmi kata, kuasanya itu hanya menjadi bila tak ada orang yang ada bersamanya untuk melihatnya teleport. Rima hanya menganggap Helmi ini pelik, dan terus menyintainya walaupun dia pelik begini. Kerana fikir Rima, bila kita menyintai seseorang, kita harus menyintainya tanpa berbelah bagi dan menerima segala kekurangan mahupun kelebihan yang ada di dalam dirinya.

Lewat malam semalam, seekor raksaksa yang maha besar (ada orang kata selama ini rasaksa ini tidur dengan lena buat beribu-ribu tahun di pendalaman Mongolia), muncul di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Singga kini, tak ada sesiapapun yang berani buat spekulasi kenapa raksaksa dari Mongolia ini datang mengamuk di Kuala Lumpur.

Kebetulan, ketika Rasaksa itu sedang menggila, Helmi dan Rima sedang menonton filem di Berjaya Times Square. Rasaksa itu telah memusnahkan sebahagian besar dari bangunan tersebut, termasuklah beberapa buah bangunan berdekatan.

Helmi dan Rima terperangkap di dalam bangunan yang dijilat api. Helmi mengambil keputusan untuk naik ke tingkat lebih tinggi memandangkan bahagian bawah bangunan sedang terbakar. Mereka berdua tiba di bahagian bangunan yang dindingnya telahpun roboh. Mereka dapat melihat segala kemusnahan yang telah dilakukan oleh rasaksa.

Api kini merebak ke tingkat mereka dan mereka jelas terperangkap. Rima memandang ke arah Helmi. Kali ini dengan wajah tenang Rima berkata kepada Helmi bahawa dia menyayanginya dan dia percaya bahawa Hilmi sememangnya ada kuasa teleportasi.

Rima meminta Remi menyelamatkan dirinya. Helmi menggelengkan kepalanya, kerana dia lebih sanggup mati dari meninggalkan Rima begitu sahaja dalam keadaan begini. Dalam keadaan kalut, Rima menolak Helmi sehingga membuatkan Helmi terjatuh dari bangunan. Helmi cepat-cepat teleport lalu muncul di atas jalan berdekatan. Apabila dia memandang ke atas, ekor raksaksa melibas ke bahagian bangunan tempat Rima menolaknya tadi. Helmi rasa sedih bercampur marah. Dia menjerit sekuat hatinya dan menangis semahu-mahunya.

Pada hari ini, tak adapun sesiapa yang tahu siapakan yang telah membunuh rasaksa yang tiba-tiba mati pada subuh hari. Apa yang jelas, kepala rasaksa dikatakan telah dibom dari dalam kepalanya sehingga menyebabkan sebahagian kepalanya berkecai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s