Pertandingan Fotografi dan Pameran ‘Kerja-kerja Kebebasan’

works-of-freedom-CARD(2)

works-of-freedom-CARD(2)

Kenyataan Media FAN Malaysia pada 15 Oktober 2008 di Kuala Lumpur

Bersempena dengan ulangtahun ke-60 UDHR (Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat) dan Hari Hak Asasi Manusia yang jatuh pada 10 Disember, FAN Malaysia (Frederich Naumann Foundation Alumni Network) menyambutnya dengan mengadakan pameran dan pertandingan yang meraikan kebebasan dengan berkongsi fotografi mereka di bawah tema kebebasan.


Tempoh penghantaran penyertaan ialah pada 15 Oktober-15 November 2008. Fotograf-fotograf yang diterima juga akan dipamerkan kepada orang ramai bagi tujuan jualan. Pameran akan berlangsung dari 1-7 Disember 2008 di Galeri Pelita Hati, No 22 Jalan Abdullah, off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

Sepanjang berlangsungnya pameran, pihak penganjur juga akan menganjurkan beberapa acara termasuk bacaan puisi kebebasan, persembahan solo dari artis independen, Meor dan Black, persembahan seni dari Wong Hoy Cheong dan instalasi seni di bawah tema “Kerja-kerja Kebebasan”.

Timbalan Menteri Penerangan, YB Tan Lian Hoe kan menutup pameran dan mengumumkan pemenang dalam satu majlis pada 7 Disember 2008 di Galeri Pelita Hati jam 8 malam.

Kurator bagi pameran ini ialah Faisal Mustaffa.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

1. Penyertaan terbukan kepada seluruh rakyat Malaysia kecualihakim dan keluarga terdekat kepada pihak penganjur, FAN MALAYSIA.

2. Hadiah berupa 13 x Hadiah: Sijil, Trofi & RM 500 Tunai

3. Tiada limitasi kepada jumlah penyertaan yang dihantar. Walau bagaimana pun, seseorang peserta hanya layak untuk memperolehi satu (1) hadiah.

4. Tema ialah ‘Kerja-kerja Kebebasan’. Gambar-gambar yang dihantar mestilah berdasarkan kepada aspek tersebut.

5. Fotograf akan dihakimi berdasarkan kepada interpretasi Kebebasan, kreativiti, isi kandungan, komposisi dan tajuk.

6. Super imposition digital tidak dibenarkan. Fotograf komposit, fotograf tipu atau / dan apa jua bentuk biasan digital atau manipulasi biasan tidak akan diterima.

7. Biasan boleh dihantar dalam apa juga format, analog ataudigital, warna mahupun hitam-putih. Gambar yang diambil dari telefon bimbit atau PDA tidak akan diterima.

8. Penyertaan analog dan digital mestilah dibuat dalam saiz cetakan 16R atau apa juga kertas fotografik. Oleh yang demikian, kamera yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya mampu menampung gambar 6 Mega Pixel. Penyertaan tersebut tidak akan dipulangkan.

9. Semua penyertaan mestilah dihantar dalam saiz 16R siap dilekatkan di atas mounting board dan CD-ROM (hanya format jpeg – minimum fail 1.5MB). Kegagalan mematuhinya boleh mengakibatkan penyertaan ditolak.

10. Fotograf mestilah belum disiarkan dalam apa juga bentuk sebelum ini.

11. Setiap penyertaan mestilah milik asli jurugambar. Sekiranya terdapat model, peserta mestilah mendapat kebenaran dari model tersebut bagi tujuan siaran imej mereka.

12. Kegagalan peserta mematuhi syarat 10, pihak pengamjur tidak akan bertanggungjawab.

13. Hakmilikan dan tujuan produksi: pihak penganjur mempunyai hak sah untuk mempamerkan atau menerbitkan penyertaan mereka bila dirasakan perlu bagi tujuan promosi tanpa sebarang notis, kebenaran mahupun bayaran dari peserta.

14. Setiap penyertaan MESTILAH disertakan bersama:
a. Tajuk asli
b. Penerangan ringkas dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris berhubung dengan interpretasi Kebebasan, tempat, tarikh dan ilustrasi gambar diambil.

15. Pihak penganjur, FAN MALAYSIA, tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, salah tuju dan hilang terhadap penyertaan. Kesahan pos tidak bermakna kesahan penerimaan.

16. Keputusan juri muktamad. Tiada sebarang surat-menyurat akan dilayani.

17. Kesemua penyertaan mestilah sampai ke alamat yang disertakan pada atau sebelum Jumaat, 15 November 2008. Penyertaan selepas tarikh tersebut tidak layak bertanding.

18. Alamat penyertaan:

SEDAR Institute

Menara PGRM
Lot 6.02, Level 6
No.6 & 8, Cheras
Jalan Pudu Ulu
56100 Kuala Lumpur

19. Pemenang akan dimaklumkan pada 7 Disember 2008.

20. Kesemua fotograf yang dipamerkan boleh dijual kepada pihak-pihak yang berminat. Syarat dan terma akan dikenakan.

21. Melalui penyertaan ini, peserta bersetuju untuk terikat kepada syarat dan keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur. Pihak penganjur juga berhak untuk menggantikan hadiah-hadiah dengan nilai setara dengannya.

Siapa FAN Malaysia?
FAN Malaysia ialah sekumpulan aktivis Malaysia yang pernah menghadiri program yang dianjurkan oleh Yayasan Frederich Naumann di IAF, Gummersbach Jerman dalam pelbagai bidang.
Kami berhasrat untuk memperkuatkan agenda liberal di Malaysia dengan mempopularkan idea-idea liberal dan ideologi.

Maklumat lanjut sila hubungi Faisal Mustaffa 019-2232002 atau Yeen Seen 013-3332626 atau emel kepada keluar.sangkar@gmail.com Laman rasmi: http://www.fnfmalaysia.org

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s