Certot 21 – Dendam

Oleh Nizam Zakaria

Razi memandu keretanya laju-laju sambil memandang ke arah gambar lamanya bersama Dian yang telah diambilnya beberapa minggu sebelum mereka berpisah. Gambar itu diletakkan di atas dashboard keretanya. Mereka nampak bahagia bersama.

Razi mengeluh. Dia tahu kesilapan lamanya untuk menduakan Dian sehingga menyebabkan Dian tawar hati kepadanya lalu meminta perpisahan.

Razi memperlahankan kelajuan keretanya lalu masuk ke kawasan rehat Awan Besar. Sebaik sahaja dia meletakkan keretanya, buat sekian kali, dia memeriksa handphonenya. Di situ ada satu mesej lama yang tertulis untuknya:

‘Kalau cinta kita masih ada, kita jumpa di tempat pertama kali kita bertemu. Setahun dari sekarang, 6 petang – Dian.’

Razi termenung seketika. Sesekali dia akan memandang ke arah jam tangannya. Pukul 6.15 petang. Dia terlambat.

Razi dapat melihat sepasang kekasih yang keluar dari kereta mereka. Mereka jelas nampak bahagia. Perasaan cemburu yang timbul di dalam dirinya yang jelas terbayang pada wajahnya. ‘That could be me and Dian if I didn’t fucked that girl’. Katanya dalam hati.

Tiba-tiba Razi menoleh ke belakang. Seolah-olah dia dapat merasakan Dian ada bersamanya di situ. Tapi Dian tak ada. Razi kecewa.

Kemudian Razi memandang ke hadapan. Dia dapati Dian sedang berada di hadapannya sambil tersenyum.

Razi melepaskan nafasnya. Buat pertama kali pada hari itu terukir senyuman pada wajahnya. Penantiannya selama ini tak sia-sia.

Razi ingin mendakap Dian. Dia ingin memberitahu Dian bahawa dia mahu meminta maaf ke atas kesilapannya curang kepadanya dahulu. Bahawa dia sudahpun menyesal dan kini dia mahu kembali kepada Dian semula setelah setahun mereka berpisah.

Dian menolak tubuh Razi dengan baik apabila Razi cuba mendakapnya. Mata Dian tegak ke hadapan. Dian tersenyum ke arah seorang pemuda kacak yang sedang berjalan ke arahnya.

Zali terus memegang tangan Dian sambil tersenyum ke arah Razi. Zali mengenali Razi dari apa yang pernah dijelaskan oleh Dian. Bahawa Razilah lelaki yang pernah mengecewakannya dahulu.

Dian menyerahkan sekeping surat kepada Razi. Razi mengambil surat tersebut. Surat tersebut adalah surat jemputan ke majlis perkahwinannya dengan Zali.

Zali bersalaman dengan Razi. Kemudian dia terus mengajak Dian ke kereta mereka dan pergi dari situ meninggalkan Razi begitu sahaja tanpa sepatah perkataanpun di keluarkan di antara mereka bertiga.

Razi rasa kecewa dan marah yang amat sangat. Dia marah kepada dirinya dan kepada Dian. Dia merasakan Dian seolah-olah telah merancangkan semua ini untuk membalas dendam ke atas segala kecurangannya dahulu – Dan Dian kini akan ke jinjang pelamin dengan seorang jejaka kacak bernama Zali.

Sebaik sahaja kereta yang dipandu Zali bergerak pergi, Razi terus mengoyak kad jemputan kahwin di tangannya dengan perasaan geram bercampur marah yang jelas terlukis di wajahnya.

“Macam mana nyah? Meletop tak lakonan mak tadi?” Tanya Zali kepada Dian.

“Ya nok. Boleh menang Anugerah Skrin segala kau berlakon jadi jantan seteret untuk mak!” Ujar Dian sambil ketawa terkekek-kekek. “Did you see his face just now? Tak sia-sia mak print kad kahwin mak dengan kau tadi, kan?”

“Yezzah! Priceless you olls!” Ujar Zali sambil mengangguk pantas.

Dian terus tersenyum puas, sepuas-puasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s