Certot 22 – Kejora

Oleh: Nizam Zakaria

Semalam bini aku yang bakal melahirkan anak sulung kami berdua, kempunan makan nasi lemak Alor Corner. Jadi aku terpaksa ke Jalan Alor untuk belikan nasi lemak yang dia mintak tu. Aku tanya dia kalau nak makan nasi lemak yang lagi special (dan mahal) yang aku boleh tapaukan khas untuk dia dari Madam Kwan’s, tapi dia tak nak. Dia tetap nak makan nasi lemak Alor Corner kegemarannya tu.

Bila aku tiba di Jalan Alor, aku dapati, Jalan Alor dah tak wujud lagi. Sekarang Jalan Alor dan berubah jadi Jalan Kejora.

Aku keliru. Tapi apa yang penting, nasi lemak yang bini aku nak, masih ada dijual di sana. Aku tapau dua bungkus. Satu untuk aku satu untuk dia.

“Abang… Abang beli nasi lemak ni kat manai?” tanya bini aku di meja makan. Dia tak jadi nak makan nasi lemak yang aku belikan dia. “Ni bukan nasi lemak yang Idah nak!”

“Eh, apa pulak! Ini lah Nasi Lemak Alor Corner yang Idah nak sangat kan tu.”

“Bukan lah bang!” getus bini aku dengan wajah yang masam. “Abang beli nasi lemak ni kat mana?”

“Kat Jalan Kejora lah! Dah tu kat mana lagi?”

“Lah! Idah kan suruh abang beli nasi lemak kat Jalan Alor!”

Bini aku merajuk. Dia terus masuk ke dalam bilik dan kunci pintu. Aku ketuk pintu berkali-kali. Aku cuba jelaskan kepadanya yang Jalan Alor tak wujud lagi, tapi dia tak nak dengar.

Aku heran. Tak kan bila nama jalan berubah, segala-galanya boleh berubah… Termasuk rasa nasi lemak yang aku belikan untuk bini aku. Boleh ke macam tu?

Malam semalam aku tidur kat atas sofa. Bila aku bangun, aku rasa ada sesuatu tak kena, tapi aku tak tahu apa.

“Idah nak balik Bintang Kejora!” ujar bini aku yang tengah sarat mengandung tu depan aku sebaik sahaja aku baru bangun tidur. “Idah nak abang hantar Idah ke sana sekarang juga!”

“Hah?”

“Idah nak balik kampung! Idah nak lahirkan anak kita kat sana.”

“Bukan, bukan… Idah kata Idah nak balik mana?”

“Bintang Kejora.”

“Bintang Kejora?”

“Ya, mana lagi? Kampung Idah kan, kat sana!!!” ujar bini aku bersungguh-sungguh. Dia tak faham kenapa aku tiba-tiba terkedu.

Aku terus gunakan Internet. Aku cuba Google. Aku dapati nama tempat kelahiran bini aku dah berubah. Aku tak tahu kenapa tapi memang bini aku berasal dari Bintang Kejora. Nama tu dah memang ada walaupun selama ini aku kenali namanya sebagai Alor Star.

Aku menggigil ketakutan. Bini aku fikir aku dah gila bila aku cuba jelaskan dia sebenarnya berasal dari Alor Star dan bukan Bintang Kejora.

Aku tak tahu apa lagi yang akan berubah bila aku tidur malam ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s