Orang Asal – Kemasukan ke Agama Islam

Sumber: Hansard parlimen 13 November 2008

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Ini boleh tengok sendiri. Sila datang ke kampung saya, saya boleh tunjuk bukti. Ini dekat dengan rumah saya sendiri bagaimana apa yang sedang berlaku, sekerat jalan sahaja yang di tar.
Jadi, saya ingin penjelasan kerana apakah pemantauan dibuat, kenapa diskriminasi berlaku sedangkan semua rakyat membayar cukai kepada kerajaan. Ini adalah duit rakyat, bukan duit kerajaan, bukan duit daripada UMNO, Barisan Nasional sebab kita tidak hendak sebagaimana baja padi tadilah, bagaimana baja padi cap dacing sedangkan ini adalah duit negara bukan duit Barisan Nasional.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh butiran 090300 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Saya ingin penjelasan sejauh manakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memberikan kesedaran agama kepada Orang-orang Asli terutama bagi mereka yang telah memeluk Islam sebab kita melihat bagaimana kebanyakan daripada mereka
yang memeluk Islam ini dibiarkan dan pendakwah-pendakwah kita tidak istiqamah maknanya untuk membimbing mereka sedangkan kita lihat ada di kalangan kampung-kampung Orang Asli di Kelantan banyak pendakwah Kristian yang setiap minggu masuk ke kampung-kampung Orang Asli untuk mengajar mereka kepada agama Kristian, Jadi,
sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian.
Saya ingin juga penjelasan berkenaan dengan butiran 010800 Institut Kemajuan Desa atau INFRA. Sejauh mana dan apakah program yang telah dilaksanakan untuk yang telah dilaksanakan dalam program ini dan apakah bentuk penyelidikan yang dijalankan dan apakah hasil yang telah dapat dipergunakan untuk diperkembangkan dalam masyarakat? Apakah ada seminar-seminar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang telah dijalankan setakat ini? Jadi, sekadar itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s