Orang Asal – Minyak Beku

Sumber: Hansard Parlimen 13 November 2008

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya, P.22 ini iaitu Butiran 01000 – Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Saya membangkitkan perkara ini sebab di kawasan saya ada tiga penempatan Orang Asli. Pertama ialah di Minyak Beku ini saya ingin tahu maksudnya bilakah pemindahan penempatan Orang Asli ini akan dilaksanakan.

Kalau boleh saya minta dalam usaha kita untuk mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli ini, maka perkara ini dapat diberikan perhatian. Yang keduanya ialah penempatan Orang Asli di Rengit, kampung bumiputera dalam kebanyakan daripada mereka berniaga barang-barang secondhand yang diambil daripada Singapura.
Mereka ini sebenarnya selain daripada menjadi nelayan mereka juga menjual barang-barang ini dan dahulunya sudah pun diberikan kelulusan pembangunan untuk menambak kawasan tersebut untuk didirikan tempat yang lebih teratur untuk mereka berniaga. Ini disebabkan saya melihat kebanyakan pelanggan ini datangnya dari seluruh Malaysia membeli barang-barang elektrik terutamanya dan perabotan jati daripada secondhand yang dibawa daripada Singapura. Ini sebenarnya baik untuk menambah jumlah pendapatan mereka. Oleh sebab itulah saya berharap jalan masuk itu maksudnya dibangunkan semula sebab jalannya terlalu sempit, kereta banyak masuk terutamanya lori yang membawa barang-barang ini. Jadi saya berharap kalau kita memberikan perhatian kepada mereka, sebenarnya ini baik untuk mereka menambah pendapatan untuk mengatasi masalah kemiskinan.
Yang keduanya ialah tentang kehidupan. Kebanyakan mereka ini adalah nelayan sebenarnya. Saya difahamkan di pihak LKIM sepatutnya Kementerian Luar ini boleh bekerjasama dengan mereka yang mengadakan projek transformasi nelayan. Saya rasa ini wajar juga diambil contoh oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ini supaya nelayan nelayan di kalangan Orang Asli ini, mereka tidak ada perubahan sebenarnya dari segi hasil pendapatan mereka. Mungkin boleh ditiru projek LKIM ini iaitu transformasi nelayan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s