Orang Asal – perladangan

Sumber: Hansard parlimen 13 November 2008

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan anggaran perbelanjaan terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Saya hanya hendak bawa satu point sahaja dan menumpukan perbahasan saya kepada Butiran 030200 dan 030300 yang berkaitan Orang Asli. Saya ingin mengesyorkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan satu kajian terperinci sejauh mana rancangan perladangan di tanah-tanah Orang Asli telah berjaya untuk meningkatkan pendapatan mereka untuk
memastikan kemiskinan antara Orang Asli.
Daripada pengalaman saya di Sungai Siput, ada beratus-ratus ekar tanah Orang Asli yang dibangunkan dengan ladang kelapa sawit dan getah. Tujuannya adalah baik untuk membantu Orang Asli, dua cara: pertama, untuk memberi mereka peluang bekerja; dan kedua, untuk memberi mereka dividen daripada untung daripada ladang-ladang ini.
Akan tetapi masalahnya di Sungai Siput, kesemua projek-projek di Pos Poi, projek di Pos Perwor , projek-projek di Pos Legap dan juga Kampung Kelatap. Semua ini telah diswastakan oleh RISDA kepada syarikat-syarikat swasta dan di semua tempat ini. Keempat-empat tempat ini, syarikat swasta ini menggaji orang asing untuk kerja di
situ. Mereka masukkan orang asing bekerja di situ, jadi orang Asli di tempat itu tak dapat bekerja. Satu lagi ialah sampai sekarang dia mengatakan tiada untung. Jadi semua tempat ini, peserta di kampung-kampung ini hanya dapat RM300 hingga RM400 setiap tiga atau empat bulan. Jadi pada puratanya hanya RM100 sebulan.
Jadi ini saya ingat kita perlu kaji kerana beribu-ribu, berjuta-juta ringgit kerajaan digunakan atas satu projek yang begitu baik tapi dia punya manfaat tak sampai kepada orang Asli, kepada sasaran dia. Saya rasa kita kena tumpukan bolehkah projek-projek ini dipindahkan ke tangan orang Asli. Adakah cara kita buat itu dan saya ingin mengesyorkan kita boleh juga minta bantuan kepada NGO orang Asli seperti POSEM iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, ataupun YOAP Perak iaitu Yayasan Orang Asli Perak ataupun COAC, Centre for Concern Orang Asli untuk dapat pandangan daripada mereka dan kita kena tengok apakah caranya.
Ini bukan hanya diambil oleh dua, tiga orang, Orang Asli, ketua kampung kah tok batin kah, mereka jadi kaya. Apakah caranya kita boleh pindahkannya kepada satu kampung. Mungkin melalui koperasi kah apa kah. Jadi saya haraplah kerana saya ingat ini tak akan ambil belanja yang banyak kerana belanja telah dibuat. Ladang sedia ada
tapi masalahnya dia punya untung tak pergi ke sasaran. So untuk ubah suai ini, saya ingat tak akan ambil belanja yang banyak tapi ini kena disiasatlah dan tengok apa yang boleh dilakukan. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s