Orang Asal – perwujudan di Sabah

Sumber: Hansard parlimen 13 November 2008

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut sama membahaskan Butiran B.22 iaitu saya ingin rujuk kepada butiran 01000 – Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah tujuan ataupun niat kementerian sebab baru-baru saya ada dengar pengumuman bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar akan mewujudkan ataupun memanjangkan perwujudan Jabatan Orang Asli ke negeri Sabah. Ini kerana kalau kita lihat daripada segi Perlembagaan negara kita bahawa kewujudan bumiputera di negeri Sabah ini memang diiktiraf di bawah Perlembagaan negara kita Perkara 153 dan kita di negeri Sabah adalah diisytiharkan sebagai golongan bumiputera dan bukan Orang Asli.
Jadi saya ingin tahu kenapa dan mungkin juga faktor ataupun sebab-sebab inilah kenapa mungkin daripada segi pelaksanaan pembangunan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar bagi negeri Sabah ini tidak begitu ditekankan ataupun diperluaskan. Jadi saya mohon supaya pihak kementerian Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan dan adalah tidak patut untuk kita memanjangkan jabatan tersebut ke negeri Sabah sebab orang Asli tidak wujud di negeri Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s