Orang Asal – Pusat Internet Desa

Sumber: Hansard parlimen 13 November 2008

Tuan Mohd. Nizar bin Zakaria [Parit]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun pada kali ini untuk menyertai perbahasan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Saya ingin menyentuh B.22, Butiran 020600 sekali gus Butiran 020700 tentang Kurikulum Naziran serta Pengurusan Pemakanan. Saya ingin menyentuh tentang kurikulum yang diguna pakai di Tadika KEMAS. Saya berharap agar modul sedia ada ditambah di Tadika KEMAS. Dengan modul pendidikan Islam untuk peringkat awal. Ini kerana kebanyakan ibu bapa tidak berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tadika KEMAS disebabkan kurangnya elemen agama dalam modul mereka.
Kanak-kanak ini boleh didedahkan dengan nilai-nilai Islam yang sesuai dengan perkembangan minda mereka. Begitu juga dengan pemakanan yang disediakan di Tadika KEMAS haruslah menitikberatkan aspek kesihatan dan pembangunan minda kanak-kanak. Saya mencadangkan agar kementerian memberi vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak di samping penyediaan makanan utama kepada kanak-kanak tersebut.
Seterusnya B.22 tentang Butiran 030300 – Pembangunan Sosioekonomi. Banyak kali isu tentang kualiti hidup Orang Asli telah dibangkitkan di Dewan ini seperti di kawasan Parlimen saya ada dua perkampungan Orang Asli, iaitu Kampung Sungai Perak dan Kampung Sawah Padi yang mana memerlukan bantuan pihak kementerian untuk menaik taraf rumah yang sedia ada, yang sudah usang serta kemudahankemudahan asas yang penting seperti dewan serba guna memandangkan mereka selalu mengadakan majlis dan program yang berskala besar.
Sehubungan itu pusat Internet Desa juga haruslah diperluaskan agar dapat dinikmati oleh masyarakat Orang Asli. Saya percaya di Parlimen lain juga terdapat penempatan Orang Asli yang memerlukan perhatian daripada pihak kementerian. Jadi saya berharap agar peruntukan yang disediakan dapat diagihkan oleh kementerian dengan sebaik-baiknya. Kita tidak mahu pembangunan sosioekonomi Orang Asli terpinggir dan sebagai kerajaan prihatin kita mahu Orang Asli pada hari ini turut sama menyumbang kepada kemajuan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s