Orang Asal – Jabatan Orang Asli

Sumber: Hansard parlimen 17 November 2008

Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Menteri, saya ingin penjelasan daripada Tan Sri berhubung dengan tanah-tanah yang diusahakan menerusi FELCRA dengan menggunakan peruntukan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, saya pernah bangkit di Dewan yang mulia ini sebahagian daripada kos untuk kita majukan tanah berkenaan digunakan peruntukan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Jadi apa yang paling menyedihkan di sini rungutan yang dibuat orang asli ini ialah dividen yang mereka terima adalah tidak setimpal, tidak sama seperti yang sepatutnya diterima oleh peserta-peserta yang bernaung di bawah FELCRA dan agensi-agensi kerajaan yang bernaung di bawah KPLB.
Jadi saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri supaya memperjelaskan perkara ini supaya bayaran dividen yang sepatutnya mereka terima sama seperti peserta-peserta lain kerana daripada tindakan itu menyebabkan kebanyakan Orang Asli ini mereka lebih memilih untuk mencuri hasil tuaian di ladang mereka sendiri kerana pendapatan yang mereka peroleh tidak setimpal daripada apa yang sepatutnya dinikmati oleh peneroka-peneroka yang lain, jadi mohon penjelasan dan kalau sekiranya berlaku pohon pihak kementerian supaya mengambil
tindakan yang sewajarnya walaupun pernah diberi jawapan bahawa ladang-ladang ataupun hasil tuaian di kawasan berkenaan adalah agak tidak bermutu, tetapi saya rasakan dalam keadaan sekarang mereka juga perlu mendapat hak yang sama seperti mana diamati oleh rakan-rakan yang lain.
Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Yang Berhormat daripada Arau, sebelum saya menjawab Yang Berhormat daripada Arau, saya nak sambung sikit apa Yang Berhormat daripada Ipoh Timur sebentar tadi mengenai kemudahan-kemudahan, kita sebenarnya menambah kemudahan-kemudahan dulu bagi sekolah di kawasan-kawasan Orang Asli daripada Darjah 1 sampai Darjah 6, kita adakan situ, Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5 dia kena pergi ke sekolah menengah.
Apa yang kita buat sekarang ini, kita tambah tiga tahun lagi, daripada Darjah 1 sampai Darjah 6, dan daripada Form 1 sampai Form 3 kita adakan di tempat dia, jadi sekurangkurangnya kalau rate of drop out dengan izin, tidaklah di Darjah 6, tapi sekurang-kurangnya di Tingkatan 3.
Sebenarnya masalah-masalah pun banyak bukan tidak ada masalah, bagaimana Orang Asli nak menghantar anak keluar, itu pun kita bagi bantuan, bagi makan, bagi minum bagi pakaian, bagi napkin sehingga napkin perempuan pun kita bagi bantuan, sehingga tambang sekolah, pakaian, baju, everything kita bagi dan rumah-rumah PPRT kita buat, apatah lagi sekarang Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan luluskan peruntukan, sebahagian itu
juga kita akan bina rumah-rumah di kawasan-kawasan asli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s