Orang Asal – Jabatan Orang Asli

Sumber: Hansard parlimen 17 November 2008

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Minta penjelasan, pertamanya saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dapat nomination Timbalan Presiden UMNO sungguhpun ada disoalkan oleh bekas Perdana Menteri yang menyoalkan integriti Yang Berhormat Menteri sama ada money politic and korupsi yang terlibat, tiada? Bukan saya, Tun Dr Mahathir ada soalkan Yang Berhormat Menteri, setuju kah?… [Dewan riuh] sokong Tun Dr. Mahathir? Tadi Yang Berhormat ada sebut bermalam di Pantai Remis, saya tidak tahu ini kempen UMNO atau berjalan untuk tugas Menteri, tapi mengenai Orang Asli, kenapa sebenarnya dalam menjaga kepentingan Orang Asli, nampak Jabatan Hal ehwal Orang Asli tidak begitu berkesan dan sebenarnya kalau Jabatan Hal Ehwal Orang Asli berjaya untuk mempertingkatkan dan memajukan nasib Orang Asli patutnya Jabatan dibubarkan oleh sebab sudah berjaya, tetapi nampaknya tahun demi tahun perlukan peruntukan dan tahun ini, peruntukan untuk Orang Asli dikurangkan dan kebajikan Orang Asli tidak dibaiki dan bulan lalu sebenarnya untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, saya ada pergi ke beberapa perkampungan Orang Asli khasnya di Pos Legap, Pos Legap di Lintang, Sungai Siput, dan kita lihat begitu mundur Orang-Orang Asli di sana.
Sebagai contohnya, di sana adalah sebelum 2005 adalah klinik untuk Pos Legap, Pos Yong, Pos Kolamu, Pos Perwor, Pos Poi, Pos Piah, tetapi selepas itu semua ditutup dan barulah ada satu mobil klinik, buat lawatan di kawasan itu satu kali satu bulan.
Bukankah ini go backwards? Bukan untuk ke hadapan dan kedua, kenapa sampai sekarang tidak ada kebolehan untuk melantik Orang-orang asli menjadi di semua peringkat, kawasan, negeri, kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, tidak ada Orang-Orang Asli pun boleh menjadi Ketua Pengarah Jabatan Hal ehwal Orang Asli, itu Orang-Orang Asli pun boleh menjadi pengarah di peringkat negeri kenapa? Dan bukankah benar bahawa peratus Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sangat kecil dan sebagi contohnya dalam sekolah Pos Legap dan kawasan sana di mana ada satu sekolah dan ada 200 murid-murid, tujuh kelas, lapan orang guru tetapi semua guru, seorang Orang Asli pun tiada.

Bagaimana untuk memajukan Orang Asli, orang yang dapat untung ialah orang birokratbirokrat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, bukan orang asli sendiri dalam kawasan itu, adalah berapa orang, ada empat hektar tanah semua diambil alih oleh RISDA dan bukan diberi oleh kerja kepada Orang Asli dan orang yang bekerjasama ialah pekerja-pekerja Indonesia, sana ada satu ribu, dua ribu orang, Orang Asli orang yang dapat kerja ialah dua peratus sahaja, dua
peratus pengangguran 98%. Bagaimana nasib kesejahteraan, kebajikan orang asli boleh dimajukan kalau inilah keadaan 50 tahun.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Yang Berhormat dari Ipoh Timur, sebenarnya sembilan buah ladang kelapa sawit telah diserahkan kepada peserta untuk menguruskan sendiri dan mengenai klinik dan sebagainya, sememangnya pihak kerajaan sendiri memang berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang terbaiknya kepada Orang Asli, dan daripada semasa ke semasa kita memang meningkatkan perkhidmatan kita supaya masyarakat Orang Asli dapat…

Dato’ Ismail Kasim [Arau]:Boleh minta laluan Tuan Pengerusi.

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Kemudahan-kemudahan seperti mana masyarakat yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s