Orang Asal – Jawapan Menteri (III)

Sumber: Hansard parlimen 17 November 2008

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Saya harap saya dapat habiskan ya. Insya-Allah kita akan membuat kajian terus, penelitian terus dan peringatan terus supaya masyarakat Orang Asli.
Daripada Jempol tadi buta huruf kita menumpu kepada anak-anak. Kita hantar anaknya ke sekolah, kita bagi vitamin, kita bagi baju, kita bagi belanja sekolah, kita bagi beg, kita bagi tambang, semua kita bagi dan yang penting sekali dalaman dia otak dia, emosi dia supaya dia mahu berubah. Kalau dia tidak mahu berubah maka kita mengambil masa.
Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan tentang ladang Orang Asli tidak menguntungkan peserta RISDA kerana RISDA mengambil pekerja asing sebagai pekerja ladang dan pendapatan peserta ladang amat rendah. Yang Berhormat Sungai Siput turut mencadangkan agar ladang-ladang diuruskan oleh Orang Asli sendiri dengan kerjasama persatuan seperti mana yang baru sebentar tadi disebutkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Kementerian sentiasa menggalakkan dan membuka peluang kepada peserta Orang Asli bekerja di ladang-ladang yang diuruskan oleh agensi yang dilantik jabatan iaitu RISDA. Walau bagaimanapun RISDA selaku agensi mengurus terpaksa mengambil pekerja asing di setengah-setengah ladang kerana Orang Asli tidak berminat untuk bekerja di ladang berkenaan.

Mengenai hasil ladang yang rendah adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah yang tidak sesuai, lokasi ladang yang jauh di pendalaman dan keadaan topografi yang berbukit-bukit. Yang Berhormat Silam meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang rancangan mewujudkan pentadbiran Hal Ehwal Orang Asli di Sabah. Kementerian tidak berhasrat untuk mewujudkan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Sabah. Akta 134 menyatakan bahawa bidang kuasa yang ditetapkan dalam akta ini hanya meliputi pentadbiran kebajikan dan
Orang Asli di Semenanjung sahaja.
Yang Berhormat Parit meminta agar dinaiktarafkan rumah-rumah yang usang yang kemudahan asas perkampungan Orang Asli Sungai Perah dan Sungai Padi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli adalah tertumpu kepada kawasan pinggiran. Memandangkan perkampungan ini terletak dalam kawasan pinggir maka pelaksanaan projek-projek menaik taraf tanah, rumah dan kemudahan asas termasuk Dewan akan dilaksanakan dalam tahun 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s