Orang Asal – Jawapan Menteri

Sumber: Hansard parlimen 17 November 2008

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib]: Lebih kurang satu jam. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terlebih dahulu sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perbahasan Belanjawan 2009 di peringkat jawatankuasa yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah. Terima kasih juga di atas semua pandangan-pandangan yang baik.
Insya-Allah saya akan menjawab saranan dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ahliahli Yang Berhormat khususnya yang berkaitan pembasmian kemiskinan, isu-isu masyarakat Orang Asli, pembangunan wilayah, kemajuan tanah, prasarana, utiliti dan ameniti sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Institut Kemajuan Desa. Keprihatinan Yang Berhormat ke atas isu-isu yang menyentuh kementerian ini sangat-sangat dialu-alukan.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan isu mengenai spesifikasi jalan luar bandar dan jalan kampung yang perlu ditingkatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, spesifikasi jalan luar bandar dan jalan kampung adalah berdasarkan kepada piawaian yang ditetapkan oleh JKR di mana secara keseluruhannya pembinaan jalan-jalan ini dilaksanakan oleh pihak JKR. Apabila jalan-jalan ini siap dibina, ianya
akan diserahkan kepada JKR bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Bagi makluman Yang Berhormat, kualiti pembinaan jalan kampung sentiasa dititikberatkan di mana pihak JKR melaksanakan ujian coring test bagi memastikan jalan yang dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Untuk keselesaan penduduk, kelebaran jalan kampung telah ditingkatkan kepada 14 kaki. Kelebaran jalan ini juga tertakluk kepada keizinan tuan tanah dan rizab jalan sedia ada kerana pelaksanaan jalan kampung tidak melibatkan proses pengambilan balik tanah.
Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Yang Berhormat Rembau turut mengutarakan mengenai kriteria pelaksanaan jalan luar bandar dan jalan kampung bagi setiap kawasan di luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2009, sejumlah RM850 juta dan RM200 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan jalan luar bandar dan jalan kampung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s