Orang Asal – Minyak Beku

Sumber: Hansard Parlimen 17 November 2008

Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Perkara hampir sama Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, walaupun ini agak spesifik tetapi saya hanya perlukan pihak kementerian menyiasat dan mengambil tindakan segera kerana ini melibatkan masalah Orang Asli, Yang Berhormat Menteri. Penempatan semula Orang Asli di Kampung Telok Minyak Beku yang melibatkan 80 buah keluarga dan 500 orang penduduk. Saya difahamkan yang kawasan penempatan ini yang diluluskan oleh kerajaan negeri di Lot PTD 2170 seluas 27.46 ekar dan dicadangkan dipindahkan di Lot PTD 2171 seluas 86 ekar. Jadi melalui Bajet 2008, kerajaan negeri telah pun meluluskan RM4 juta untuk kerja-kerja penambakan dan kerja-kerja infra kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Akan tetapi malangnya JHEOA ini yang ditubuhkan sebelum kita mencapai kemerdekaan ini, dia telah melantik perunding. Peruntukan RM4 juta tidak cukup dan dia cadangan hendak cari penempatan baru ini pun mengambil masa dan sebagainya. Dia jadi berbagai-bagai alasan. Jadi persoalannya, penduduk yang berada di kawasan Kampung Telok Minyak Beku ini mereka menghadapi ribut, banjir, air pasang dan baru-baru ini telah berlaku kemalangan yang melibatkan seorang bayi yang terjatuh ke dalam sungai ini tanpa disedari oleh keluarga.
Jadi sebelum ia lebih besar, saya pohon pihak kementerian menyiasat kerana dikatakan penempatan baru ini tidak sesuai. Cadangan untuk membuat penambakan kilang bagi Asia Kuari iaitu kilang membuat RC-5 untuk kerja-kerja pengangkutan telah dimulakan. Penggunaan treler pun ada. Jadi Jabatan Orang Asli bagi alasan kawasan penempatan ini tidak sesuai walaupun peruntukan RM4 juta telah disediakan. Jadi pohon pihak kementerian Yang Berhormat Menteri.
Ini Orang-orang Asli mereka melalui Yang Berhormat Encik Ja’afar, ADUN Senggarang dia minta sangat supaya pihak kementerian mengambil tindakan ini dengan kadar yang segera. Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan mengenai projek PPRT. Memang benar sebanyak 15,000 buah rumah akan dibina dengan belanja RM525 juta dan insya-Allah akan menyelesaikan 90% daripada masalah perumahan dan juga sebanyak 20,450 buah akan dibina. Mudah-mudahan cara membina satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bersama-sama mungkin dengan kementerian saya dan kementerian-kementerian yang lain yang bertanggungjawab ditubuhkan khusus untuk membina projek yang agak besar ini…

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Menyampuk]

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: …Kerana pembinaan projek ini akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi. Jadi insya-Allah termasuk di Putatan, saya fikir perkara ini akan dimasukkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s