Orang Asal – persekolahan

Sumber: Hansard parlimen 17 November 2008

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan sebelum kita alih, sebagai contoh di sekolah Pos Legap, sekolah kebangsaan rendah di mana adalah lapan orang guru, 200 murid-murid, bolehkah Yang Berhormat Menteri ambil perhatian supaya boleh memastikan sekurangkurangnya 50% guru-guru di sana adalah Orang Asli atau tidak boleh dapat, kita ada pool Orang-orang Asli yang layak jadi guru dan kedua bukankah, bolehkah Yang Berhormat Menteri pun ambil perhatian persendirian untuk selesai masalah di mana baru dua peratus penduduk-penduduk Orang Asli di sana ada kerja, oleh sebab ladang di sana sudah diambil alih oleh RISDA dan mengupah pekerja-pekerja Indonesia, akhirnya bilakah kita boleh lihat seorang Orang Asli menjadi Director General, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau di peringkat negeri. Oleh sebab ini ada di janji di Dewan ini berpuluh-puluh tahun.

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, sebenarnya Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli iaitu Encik Nisra adalah Orang Asli… [Dewan riuh]
Beliau berasal daripada Gua Musang yang telah mengambil kesempatan di atas opening, dengan izin, yang diberikan oleh kerajaan sehingga berjaya masuk universiti.
Beliau ada di dalam Dewan ini, beliau yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik dalam membantu masyarakat Orang Asli maju ke depan. Memang kalau ada pegawaipegawai yang berketurunan daripada Orang Asli, memang kita akan ambil. Sebagai pegawai, sebagai guru, memang kita akan ambil.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bolehkah 50% guru-guru di sekolah-sekolah adalah Orang Asli, sekurang-kurangnya boleh dipastikan? Bila timbalan pengarah akan menjadi ketua pengarah?… [Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Ya, kalau ada yang layak, kita akan letakkan mereka, ini mengambil masa. Begitu juga pembinaan negara, selepas 50 tahun barulah kita melihat ramai masyarakat orang kampung keluar sebagai doktor, engineer dan sebagainya.
Orang Asli pun begitu juga, saya percaya Orang Asli akan sampai ke tahap itu dengan pendedahan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Seorang Senator di Dewan Negara adalah daripada Orang Asli.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bila ada menteri daripada Orang Asli?

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Insya-Allah, akan ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s