Orang Asal – perumahan

Sumber: Hansard parlimen 17 November 2008

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Ya, mengenai pendapatan apa yang disampaikan tadi oleh Yang Berhormat Arau. Memang benar, tanah-tanah Orang Asli yang diberikan kepada RISDA, kepada FELCRA bukanlah tanah yang super class seperti SimeDarby, Guthrie. Ini adalah tanah-tanah yang dipilih dulu oleh Inggeris sewaktu mereka datang ke sini.
Mereka ambil tanah yang baik-baik, mereka dah periksa tanah, tanah ini diambil oleh penjajah tetapi tanah-tanah yang ada kepada Orang Asli, berbukit. Kos untuk memajukannya tinggi dan bukanlah sesuai sangat.

Oleh kerana RISDA, FELCRA tertakluk di bawah kementerian, kita seolah-olah paksa RISDA dan FELCRA untuk memajukan tanah-tanah ini. Bukan kerana mereka nak sangat tetapi ini adalah arahan daripada pihak kerajaan. Jadi oleh itu tentulah kosnya tinggi dan apabila kosnya tinggi tentulah dividen yang pulang pun berkurangan. Saya telah memanggil pegawai-pegawai daripada FELCRA dan RISDA minggu lepas dan saya telah bertanya mengapa peserta
dikenakan kos ataupun dikenakan about 6.5% untuk membayar operasi kos.

Saya kata apa salahnya kawasan-kawasan asli ini dikecualikan daripada membayar kos dan kos-kos membuat jalan, api dan air ditanggung oleh kerajaan. Jadi kalau kos ini ditanggung oleh pihak kerajaan, maka dividen yang akan diberikan kepada peserta akan meningkat. Jadi ini sedang dikaji, insya-Allah saya rasa kos ini kita akan keluarkan daripada dibebankan kepada Orang Asli.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Semalam Yang Berhormat Menteri ada kata dia bermalam di Pantai Remis. Adakah Yang Berhormat pernah bermalam di perkampungan Orang Asli atau melawat Orang Asli? Oleh sebab bulan lalu saya ada pergi daripada Sungai Siput ke Pos Legap, jalan itu buruk sekali. Saya sangat malulah, dengan Malaysia yang kita kata sangat membangun ini. Kalau jalan itu ada di dalam Afrika pun malu. Satu jalan yang sepatutnya mengambil masa satu jam, mungkin empat jam baru sampai. Mengapa ini boleh berlaku? Dulu
itu jalan yang baik, kenapa ia dipinggirkan, diabaikan sehingga infrastruktur yang basic pun tidak ada?
Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Yang Berhormat. Pada bulan Jun saya bermalam di Sungai Layar, perkampungan Orang Asli di Kota Tinggi, Johor. Saya tidur di rumah Orang Asli, saya berada di situ dan saya dapat melihat dan merasai keluhan dan juga perasaan mereka. Baru semalam saya juga tidur di Pantai Remis, satu kampung yang ketinggalan. Pada bulan lepas, saya tidur di Kedawang, satu kawasan PPRT di Kubang Pasu,
sebelah Jitra, Kubang Pasu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s