Orang Asal – Tapah

Sumber: Hansard parlimen 17 November 2008

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini dia Orang Asli. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Sebenarnya pada dasarnya saya juga ada bangkitkan perkara ini tetapi pada jawatankuasa. Saya rasa perkara mengenai Orang Asli yang nombor satu, satu menteri yang luar biasalah pergi dan tinggal dengan mereka. Akan tetapi adakah bila Yang Berhormat pergi tempat di sana mesti ada complain yang tertentu yang telah
diberi kepada Yang Berhormat. Dan apakah tindakan susulan yang telah diambil kerana di Gopeng umpamanya di Ulu Keroh di mana catchments area tidak ada elektrik di sana.
Apakah yang dibuat supaya dapat menolong Orang-orang Asli di sana dan juga di Tapah di mana di negeri Perak ada lebih kurang lebih dari dekat 50 ribu Orang Asli. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kerajaan negeri telah mengadakan satu jawatankuasa yang tertentu di negeri Perak untuk menolong Orang-orang Asli. Dan adakah Yang Berhormat Menteri akan mengimplementasikan dasar-dasar yang telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Perak
kepada Orang-orang Asli di lain-lain tempat di negara ini. Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib: Terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Barat. Memang segala complain-complain kita akan mengambil perhatian dan mengambil tindakan kerana bagi kita setiap surat yang dihantar itu adalah penting. Jadi sekiranya Yang Berhormat mempunyai perkara-perkara yang mahu diperbetul dan diperbaiki kita harap Yang Berhormat akan dapat menghantar terus kepada saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s