Yoga hanya haram untuk umat Islam , Jogging ?

Sebenarnya, yang diharamkan oleh MFK adalah Yoga yang sistematik, ke arah pemujaan agama lain, bacaan mantera dan sebagainya. Yoga fizikal yang menjurus ke arah penjagaan kesihatan, mereka cakap tidak menjadi kesalahan, tapi tak digalakkan sangat (makruh) kerana khuatir boleh terjerumus ke arah yoga sistematik.

Melayu ni kekadang bila cakap (terutamanya suratkhabar) , tak cakap dengan jelas. Mereka sekadar buat tajuk besar guna ringkasan ayat pendek – Yoga diharamkan, sedangkan hakibat sebenar dalam hukum, yoga
sistematik yang diharamkan, bukan yoga fizikal. Kerana singkatan ini, ia membawa mesej yang berbeza dari hukum sebenar. Ramai orang yang mula anggap asal beryoga, sure haram!

Bab saranan gantikan yoga dengan Solat sunat, memang bagus. Yang tak bagus adalah CARA PENDAKWAH nak menyampaikan saranan mereka itu, menggambarkan orang Islam tak perlu buat aktiviti lain (buat solat
sunat saja) hingga menyinggung perasaan orang lain.

Islam itu memang satu agama dan cara hidup yang sangat baik tapi cara pendakwah menarik minat orang islam ke arahnya kekadang macam satu paksaan pula. “ye lah, kamu ni orang islam, kamu kena ikut cakap aku! Buat apa nak yoga-yoga? Org Islam kena solat sunat! Kalau tak ikut, Islam kamu tak lengkap! Kalau tak ikut, kamu tak masuk syurga nanti!”.

Seolah olah pendakwah ini yang berhak menentukan tahap keIslaman seseorang dan boleh tentukan sapa layak masuk syurga dan neraka, sedangkan itu semua hak Allah swt, bukan hak manusia untuk menentukannya. Ini yang membuatkan kekadang, ada golongan pendakwah macam lupa diri walaupun bergelar Ustaz atau tokoh agama.

Mereka anggap, kalau anda ni Islam, anda kena ikut cakap dia 100%, hingga menjadikan Islam ini macam satu agama paksaan pula. Itu yang membuatkan ramai orang Islam, terutamanya muda-mudi, tak gemar sertai aktiviti keagamaan sebab nampak macam satu paksaan yang membuat diri mereka terkongkong. Kalau mereka sertai pun, kerana “dipaksa” samada oleh pihak sekolah, kolej atau ibubapa.

Bila terjadi scenario sebegini, golongan pendakwah selalunya akan terus menuduh, itu salah mereka. Mereka ini jahil tentang Islam kerana tak sertai kuliah agama, solat jamaah, kelas pengajian islam dan sebagainya. Semuanya disalahkan pada orang islam itu sendiri. Pendakwah tak pernah salah. Selagi anda ni Islam, anda wajib ikut cakap dia.

Sebenarnya, pada pendapat saya, golongan pendakwah yang sepatutnya berusaha untuk menarik minat orang Islam lain ke arah amalan Islam. Berdakwah dengan menarik minat orang, bukan dengan memaksa orang atas nama Islam.

Solat sunat memang bagus untuk kesihatan manusia, tapi bagaimana?? Sepatutnya diterangkan bagaimana solat sunat dan pergerakan solat itu boleh membantu dari segi bio-mekanik tubuh manusia. Sebagai contoh
kenapa tahiyat akhir, kita kena duduk dalam keadaan kaki bersilang dan bukannya sekadar duduk atas dua kaki, supaya ia dapat membetulkan saluran usus besar kita, membebaskan angin yang terperangkap di
dalamnya. Perlu ada penjelasan secara illustrasi, saintifik atau logikal, agar orang Islam lain mudah nampak keberkesanannya.
Nampak ‘reasoning’ di belakang saranan lakukan solat sunat lebih baik dari beryoga. Barulah mereka yakin dan mula tertarik dengan cara Islam. Bukan sekadar condemn cara aktiviti lain spt yoga & jogging
dan paksa orang buat solat sunat untuk penjagaan kesihatan, tanpa apa apa penerangan/illustra si jelas dan bergantung semata-mata kepada paksaan atas nama ISLAM.

Azha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s