Yoga, Yoga, Yoga – Malaysiakini

Perak – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, hari ini berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.

“Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak,” katanya.

Melaka – Kerajaan negeri akan mewartakan fatwa terhadap senaman yoga selewat-lewatnya Disember ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas umat Islam yang tidak mematuhinya.

”Kita akan mewartakan fatwa ini selewat-lewatnya Disember ini. Saya akan mengadakan satu mesyuarat khas dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk membincangkan perkara ini.

Selangor – Keputusan fatwa yang mengharamkan senaman yoga masih belum berkuat kuasa di Selangor kerana ia belum dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berikut adalah kenyataan akhbar Sultan Selangor yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani di sini hari ini mengenai perkara itu:

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah, bahawa buat masa ini keputusan fatwa yang mengharamkan senaman yoga ini masih belum berkuat kuasa di Selangor kerana ia belum dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Bangi – Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.

Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan ‘ilham laduni’ yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar ‘asana yoga’.

”Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.

”Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Rakyat – Pening..!

One response to “Yoga, Yoga, Yoga – Malaysiakini

  1. PROFUSION LEADING TO MORE CONFUSION

    When rules and guidelines are in profusion
    People are bound to be led into confusion
    With various thoughts thrown into diffusion
    Leading different groups to greater division

    (C) Samuel Goh Kim Eng – 251108
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Tue. 25th Nov. 20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s