Fatwa-fatwa akan datang

Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on.

Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :

Disember 2008
Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam renang awam, akan terdapat orang-orang yang bukan Islam yang memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi). Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.

Januari 2009
Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila seorang Islam berada di Pulau Pinang, beliau mungkin terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau Pinang. Orang Islam yang kini tinggal di Pulau Pinang akan diberi elaun pindah sebanyak RM 3000 untuk membantu mereka berpindah ke negeri-negeri yang lain. Perpindahan ke negeri Kelantan dan Terengganu amat amat digalakkan.

Februari 2009
Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer tidak mengandungi alkohol, namun perkataan “beer” ini boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa was-was. Ginger beer juga diharamkan.

March 2009
Orang Islam dilarang memakan di kedai Mamak. Walaupun mamak kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah India dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur India di dalam perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai seluar dalam buatan India. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka, mulai 1 Mac 2009, orang Islam dilarang dari memakan di kedai mamak (kecuali Tun Mahatir kerana dia sendiri mamak kelas I)

April 2009
Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis. Ping pong berasal dari negeri China dan oleh yang demikian, mungkin terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism di dalam permainan ping pong. Ornag Islam yang terlalu banyak bermain ping pong akan terjejas akidah mereka. Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain sepak raga (tetapi bola raga mesti buatan Malaysia, bukan dari Thailand).

Mei 2009
Orang Islam yang berkerja dengan kerajaan dilarang mengambil gaji masing-masing. Ini kerana sebahagian besar pendapatan kerajaan adalah cukai pendapatan yang dibayar oleh syarikat-syarikat orang bukan Islam. Orang Islam digalakkan meminta sedekah dari orang Islam yang lain. Untuk memudahkan permintaan sedekah, bakal peminta sedekah digalakkan mencangkung di hadapan bangunan UMNO.

Jun 2009
Orang Islam dilarang keluar negara. Terdapat terlalu banyak godaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah orang Islam. Perkara ini telahpun dikaji dengan teliti hasil lawatan sambil belajar ke Bangkok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Oleh yang demikian, orang orang Islam diminta menyerahkan balik paspot masing-masing ke jabatan immigresen secepat mungkin. Perjalanan keluar negara hanya dibenarkan untuk menteri-menteri dan orang kuat UMNO sahaja, itupun hanya jika diiringi oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Julai 2009
Orang Islam dilarang berfikir di waktu siang. Kebanyakkan masalah jenayah dan maksiat wujud kerana orang-orang yang tak ada kerja berfikir yang bukan-bukan. Untuk membenteras maslah jeneyah dan maksiat, orang-orang Islam mulai 1 Julai 2009, dilarang dari menggunakan otak mereka diwaktu siang. Pemikiran mereka akan dipantau oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menggunakan sekumpulan specially trained monkeys. Orang Islam boleh menggunakan otak mereka di waktu malam tetapi pemikiran dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan dengan makan dan minum sahaja.

Please do not laugh. Many of the above will become a reality if we do not do anything. The rational-thinking muslims in this country are simply not doing anything. We let a very small minority of narrow-minded idiots to control our lives. We, especially the Malay muslims, are fast becoming a laughing stock worldwide. We are obsessed with the little little things.

When there are so many important things remain to be done, why must the Fatwa folks spend their time on little things.. tomboys, yoga, etc, etc. Why don’t we ever hear anything from the Fatwa folks for social justice, eradicating corruption and poverty, protecting single mothers, helping the poors, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society.

If you are a rationale, forward thinking muslim, please speak up. If you choose to remain silent, it only means that you agree with whatever is happening. And do not blame the non-muslims for all our troubles. We are asking for it.

Bukhari Hood
Shah Alam

One response to “Fatwa-fatwa akan datang

  1. salam

    saya mendapat link blog ini melalui laman blog WTFmalaysiangovernment dan saya tertarik utk membaca isi kandungan ttg fatwa ini…fatwa yg saudara khuatir akan menjadi kenyataan jika fatwa council malaysia ini terus dibenarkan membuat fatwa ‘sesuka hati’…saya mengaku pengetahuan agama saya sgtlah cetek, namun saya percaya bhw Allah itu tuhan yg satu, dan nabi muhammad itu pesuruh Allah. dan saya cube sedaya upaya utk menjadi seorang muslim yg baik di muka bumi ini. tetapi saya ingin berkongsi pendapat, pendapat yang dicanang dalam benak fikiran saya ini melalui ilmu saya yang tidak seberapa. jikalau sya salah tolong betulkan saya…
    pada hemat saya antara tugas malaysian fatwa council ialah membuat fatwa ttg perkara2 yg menjadi persoalan, yg dimana hukumnya tidak jelas, jadi perkara tersebut akan dikaji secara menyeluruh,dan fatwa akan dikeluarkan. ahli2 majlis fatwa bukanlah sebarangan org. mereka ini golongan org2 yg berilmu, yg belajar dan ‘expert’ didlm bidang masing2,ilmu fiqh dan sebagainya.mereka ini golongan yang byk mempelajari ilmu agama, menghabis masa mentelaah buku2 ilmu,nas dan sebagainya.jikalau tidak masakan mereka akan menjawat jawatan yang sgt penting didalam majlis yg sgt penting dikalangan umat islam.soalnya ttg yoga ini ialah,yoga spt yang kita tahu, asalnya dari india, dan dipraktikkan oleh golongan2 terutamanya yg beragama hindu, termasuklah pakar2 agama hidu yang lebih kita kenali sbg sami.mmemang yoga itu membawa beberapa kebaikan kesihatan, tetapi didalam beberapa jenis yoga, antaranya suria namashkaram, ada sebutan2 didalam yoga tersebut berupa bahasa sanskrit.yang kita tidak fhm maksudnya.jd bila wujud keadaan spt ini, umat islam menjadi keliru. bolehkah kita praktis?adakah akidah kita akan goyang?adakah berdosa klau kita sebut walaupun yoga itu memang membawa kebaikan? bile wujud keadaan spt ini,fatwa perlu dikeluarkan.dan ahli fatwa mestilah sudah mengkaji secara menyeluruh sebelum membuat keputusan. hati manusia ini lemah sbnrnya saudara, kita bukan maksum, yg dilindungi oleh Allah dari sebarang kejahatan. kita ni lemah,bagai buih2 di lautan,syaitan sentiasa cuba goda kita dan cuba menyesatkan anak2 adam. apatah suatu hari nanti, orang yang kononnya mendapat ketenangan melalui yoga, berfikiran bhw agama hindu itu lebih baik dari agama Allah kerana yoga memberikan ketenangan kepadanya,walhal dlm Islam tiada benda spt itu?adakah bila berlaku perkara spt ini baru nak ambil tindakan?walhal dalam islam sendiri kita ada ‘yoga’ kita..solat dan berzikir…kita boleh melakukan senaman saudara, taichi setahu saya tidak diharamkan,org Islam bebas melakukannya.kerana taichi hanyalah senaman fizikal, dan mental.akan wujud komplikasi apabila perkara itu sentuh kerohanian,fahaman kita..di situlah akidah kita senang dipesongkan. janganlah hanya kerana kita penyokong PAS, apa shj yang dilakukan oleh majlis bawah kerajaan dianggap mengkongkong, malah dikutuk. ini memberikan ruang kepada org bukan islam mentertawakan islam. kononnya ada islam liberal dan islam extremist. bagaimana kita nak yakinkan org bahawa islam agama dunia akhirat?saudara, anda sebgai blogger, penulisan anda dibaca oleh ramai pihak, dan mungkin juga influential. jadi anda ada tanggungjawab kepada pembaca. sebelum membuat penulisan kaji segalanya, impak penulisan anda kepada pembaca dan umat keseluruhannya. janganlah kita menulis membuta tuli. anda seorang yang bijak saya percaya. insyaallah, kita tolong umat manusia, islam khususnya menjadi umat yang lebih baik.
    salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s