Islam, Totalitarian dan Nasionalisme

Radzwill Abdullah

Tidak salah mengatakan bahawa Islam dapat menyatupadukan masyarakat. Itu adalah satu fakta yang tidak boleh disangkal. Nabi Muhammad ketika menjadi Ketua Negara Yathrib telah berjaya menyatupadukan puak Aus dan puak Khazraj malah membentuk sebuah negara-bangsa Arab di Madinah yang lengkap dengan perlembagaan dan hukum-hakamnya.

Namun adalah salah mengatakan dasar kebangsaan itu tidak islamik. Ini kerana usaha menyatupadukan sub-sub etnik dan etnik-etnik di Yathrib merupakan satu kaedah nasional atau kebangsaan. Lebih dari itu, usaha pembentukan jati diri masyarakat Yathrib oleh Muhammad adalah satu bentuk totalitarianism. Muhammad adalah orang pertama di dunia yang melaksanakan kaedah totalitarianism pada rakyatnya.

Totalitarianism bermaksud mengubah masyarakat atau rakyat dari satu pakej budaya ke satu  pakej budaya yang baru. Kaedah penukaran menyeluruh yang radikal itu dipanggil kaedah ‘total’ atau totalitarianism.

Masyarakat Arab di semenanjung Arab, khususnya di Madinah telah berubah dari satu masyarakat yang dipanggil Jahiliyah oleh masyarakat Muslim ke satu masyarakat yang bertamadun.

Dalam masa 25 tahun Muhammad menjadi Ketua Negara Yathrib, Muhammad telah melaksanakan dasar kepercayaan satu Tuhan dari pelbagai Tuhan, melaksanakan cukai (zakat), mewujudkan undang-undang bertulis, menguatkuasakan undang-undang ke seluruh penduduk Yathrib, memperkenalkan undang-undang perkahwinan, undang-undang penceraian, undang-undang harta pusaka, undang-undang kebersihan (bersuci), undang-undang hudud, undang-udang kontrak, mewujudkan barisan kabinet (majlis syura), undang-undang haji dan umrah dan lain-lain.

Beliau mengubah masyarakat dari suka membunuh anak-anak perempuan kepada tidak membunuh anak-anak perempuan. Menaikkan taraf kaum wanita, mengharamkan riba, menjelaskan status anak angkat dan lain-lain.

Perbuatan ini semua yang mengubah masyarakat dari satu cara hidup kepada satu cara hidup yang baru dipanggil totalitarianism.

Salah satu bentuk pemerintahan totalitarianism Muhammad adalah dengan melaksanakan kaedah nationalism. Beliau menyedari jika nasionalism tidak dipraktikkan, penduduk akan berhadapan dengan bibit-bibit perpecahan. Oleh itu beliau telah mengarahkan kesemua rakyat Madinah tidak lagi diperkenalkan melalui puak masing-masing tetapi hanya dikenali sebagai orang-orang Islam. Ini bermaksud bagi negara Madinah, warganegaranya dipanggil Muslim.

Undang-undang meliputi semua warganegaranya dan mahkamah tidak terbahagi 2 atau 3. Hanya bahasa Arab sahaja menjadi bahasa gunaan harian warganegaranya walaupun ketika itu kuasa Roman dan Parsi amat kuat sekali.

Namun Muhammad menghadapi satu masalah, iaitu kaum Yahudi. Kaum Yahudi berkeras tidak mahu mengambil pakai undang-undang yang diperkenalkan oleh Muhammad. Disamping itu Muhammad merasakan kaum-kaum Yahudi terlalu berkeras dengan identiti keyahudian mereka itu sehingga dirasakan dapat merosakkan pembentukan negara bangsa Madinah. Oleh itu Muhammad telah menghalau Bani Qainuqa (624 masehi), Bani Nadir (625 masehi) dan membunuh Bani Qurayza (627 masehi).

Kaedah totalitarianism Muhammad dalam membentuk negara nasionalis Arab sudah terbukti. Fikrah Nabi menunjukkan nasionalisme hanyalah satu-satunya jalan untuk membentuk negara hukum yang madani. Tanpa nasionalisme, masyarakat akan meninggalkan keadilan dan kebenaran demi mempertahankan kaum masing-masing. Sikap mempertahankan kaum masing-masing lalu mengenepikan keadilan dan kebenaran lantas terjadinya kezaliman itulah bermaksud ‘asabiyah’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s