Kalau Umno pejuang Melayu, kenapa tindas rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu

Oleh Webmaster PP Buntar

PARIT BUNTAR, 8 Dis. : Sekiranya Umno benar-benar membela Melayu kenapa Kerajaan BN-Umno sanggup merampas royalti minyak hak rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 ?.

Kenapa Kerajaan BN-Umno sanggup menindas rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu sejak PAS mula memerintah Kelantan pada tahun 1990 ?. Kenapa baru sekarang setelah kehilangan kuasa di beberapa negeri, Umno berlagak seolah-olah merekalah pejuang hak Melayu?.

Itulah antara soalan Dr. Mujahid Yusuf Rawa kepada Dato’ Tajuddin Abdul Rahman yang mematikan hujah Ahli Parlimen Umno itu dalam Debat Perdana pada 6 Disember lepas. Debat Perdana yang diadakan di Dewan Sri Kerian ini menarik kehadiran lebih 2000 orang memenuhi dewan ini sehingga melimpah ke luar dewan.

Hampir 100 orang Umno dari Pasir Salak turut dibawa oleh Ahli Parlimen Pasir SalakĀ  untuk memberi sokongan kepada beliau.

Bagaimanapun dari pemerhatian yang dibuat, kebanyakan yang hadir adalah penyokong Pakatan Rakyat. Terlalu sedikit kehadiran penyokong Umno tempatan atau kawasan sekitar yang datang menyaksikan debat ini.
Menurut seorang penonton tempatan, sepatutnya orang-orang Umno yang digembar-gemburkan pejuang hak Melayu datang ke program debat yang membincangkan isu orang-orang Melayu ini.
” Ini tidak, tak ramai yang datang. Mungkin pemimpin Umno dan media massa mereka yang beria-ia menujukkan kehebatan Umno memperjuangkan Melayu. Tapi hakikatnya, tidak begitu. Lagipun ini bukan program PAS tetapi program Pejabat Agama, kenapa tak mai?” Soal beliau.
Debat yang bertajuk Melayu : Ke Mana Hala Tuju telah memberi peluang kepada ahli panel membentangkan hujah mereka yang berkisar kepada isu DEB, PPSMI dan perpaduan Melayu.
Sungguhpun di dalam dan luar dewan sesak, debat ini dapat dijalankan dalam keadaan terkawal walaupun panas dengan hujah-hujah ahli panel. Kebijaksanaan Moderator Ust. Ahmad Nizam dari Pejabat Agama Perak berjaya mengawal suasana debat yang panas itu.
Selain orang tempatan, orang ramai yang hadir datang dari merata tempat sejauh Ipoh, Alor Setar dan Pulau Pinang. Walaupun pihak penganjur tidak langsung menggunakan poster sebagai publisiti, kehadiran tetap ramai.
Keadaan ini berlaku kerana publisiti program ini beredar di internet dan menjadi buah mulut penduduk tempatan. Kehadiran yang ramai juga disebabkan debat ini melibatkan ahli panel PAS dan Umno serta boleh disaksikan secara “live”.
Sementara itu, seorang penonton dari Bukit Gantang telah memberi respon dan penilaian terhadap ahli panel debat pada malam itu. Berikut adalah penilaian beliau :

Dr Mujahid …… 7/10(hebat penuh dgn fakta dan ulasan, idea yang bernas)

Hafiz Mustafa Lubis…. 2/10(hebat juga tapi tanpa pegangan).

Dato` Tajuddin Abdul Rahman…. 1/10(hebat penuh dengan pembohongan dan penipuan fakta tanpa bersandarkan relaiti)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s