Melayu Pemalas ?

abdul said (armsk75@yahoo. com)

Ini lagi satu topik hangat. Dalam mengatakan orang Melayu malas atau tidak kita tidak boleh bandingkan dengan orang lain, tetapi bandingkan dengan prestasi kita semasa dahulu mungkin 50, 60 atau seratus tahun yang lalu.

Untuk buat perbandingan kita perlu membuat rujukan dari buku-buku lama dan juga akhbar dan makalah lama.

Zaman dahulu orang Melayu menyara hidup dengan bertani, berladang, mencari hasil hutan, menternak, menangkap ikan dan sebagainya. Semua ini memerlukan kerajinan, kepakaran, ketekunan dan pelbagai sifat positif. Allahyarham datuk saya lahir lebih kurang 100 tahun dahulu. Saya masih ingat ceritanya apabila semua pemuda kampung lari ke hutan membawa bekalan kerana takut bila Inggeris datang untuk mengrekrut anggota polis!!. Ini berlaku bukan di Kuala Ketil dan Beserah tetapi berlaku di Segambut Kuala Lumpur!!. Ertinya mereka lebih suka bekerja sendiri sama ada di hutan, sawah dan ladang dari kerja makan gaji.

Zaman ini kita juga sering mendengar atau membaca cerita tentang kegigihan anak bangsa dalam pelbagai lapangan. Ertinya masih ramai lagi yang rajin, gigih dan kuat berusaha disamping kita terjumpa dengan sekian ribu penagih dadah dan sebagainya!!

Berdasarkan apa yang dibuat oleh pelbagai agensi kerajaan bagi membantu orang Melayu, saya rasa timbujl tanggapan orang Melayu malas. Berapa billion telah dibelanjakan oleh Mara, Jabatan Haiwan, Jabatan Pertanian, IKBN, dan sebagainya namun pada kenyataannya hasil sangat memalukan. Kedai terbengkalai atau kosong, pinjaman disalahguna dan hutang tidak dibayar oleh yang berniaga dan yang belajar, peratus penglibatan dalam apa jua sektor masih rendah kecuali sektor penggunaan dadah, merempit dan GRO.

Kesimpulannya pada saya orang Melayu pada amnya adalah rajin!! Yang jadi masalah ialah mereka senang hilang fokus dan mudah mengkhianati amanah!! Itu sahaja. Pernah tak dengar projek belia niaga? Apa dah jadi dengan kedai, pinjaman, motorsikal roda tiga yang diberi kepada belia-belia yang terlibat? Berapa ramai yang jadi peniaga sehingga hari ini? Berapa ramai yang tidak dbayar hutang semasa belajar walaupun menjawat jawatan tinggi? Tengok sahaja akan nasib beberapa jutawan segera era Mahathir, apa dah jadi dengan mereka? Berapa ramai yang menjadi Kontaktor kelas A dalam pelbagai bidang masih bernafas sehingga hari ini (Maksud saya syarikatnya bukan orangnya!!)? Yang jadi menteripun khianat jugak!! Malas bukanlah sifat utama orang Melayu. Lagi ramai yang hilang fokus dan khianat dari yang malas.

One response to “Melayu Pemalas ?

  1. rasanya perangai hasad dengki ada betul tu. cina dan india mereka tolong bangsa mereka. banyak yayasan mereka bantu dan beri biasiswa di uni tunku ab rahman setapak dll

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s