Sirap disangka madu Orang Asli Perak

Malaysiakini

Sudah bertahun-tahun, beberapa Orang Asli menjual cecair bersirap yang didakwa sebagai madu lebah liar di gerai mereka di kawasan rehat Sungai Perak di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Apabila seorang pakar dari sebuah universiti tempatan meminta penjelasan, mereka mendakwa diminta oleh “seseorang” untuk menjual produk itu, lapor Bernama.

Pakar itu, yang enggan dikenali, secara kebetulan membongkar penipuan itu selepas menguji sampel dari gerai berkenaan dengan tujuan menganalisis perbezaan khasiat madu liar yang diusahakan oleh Orang Asli.

Beliau bagaimanapun mendapati ia sekadar sirap ringkas yang telah melalui beberapa rawatan kimia bagi meniru khasiat fizikal madu lebah.

Penipuan itu telah dikemukakan kepada kementerian berkenaan, namun masih belum mendapat maklum balas, tambah pakar itu.

Katanya, pengunjung sanggup membayar harga mahal bagi madu itu kerana mereka percaya produk yang dibeli itu tulen.

“Orang membeli madu ini kerana memikirkannya lebih mujarab berbanding yang dijual di pasaran sedangkan hakikatnya tidak, dan mereka mungkin perlu menggunakannya untuk tujuan perubatan.

“Mungkin ada juga pelancong asing yang telahpun membeli ‘madu’ ini, setelah menyangkakannya sebagai madu liar asli Malaysia, dan perkara ini akan mencemarkan nama baik Malaysia sekiranya mereka mendapati ditipu,” pakar itu dipetik berkata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s