Melayu oh Melayu

Saya memilih Islam sebagai agama saya. Saya memilih untuk percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad saw. Tetapi saya menolak untuk mempercayai manusia berasal dari Nabi Adam as. Sebaliknya saya percaya manusia berasal dari monyet. Bolehkah begitu?

Atau… Saya beramal dengan solat 5 waktu sehari semalam dan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Tetapi saya menolak untuk menunaikan haji walaupun saya mempunyai cukup wang dengan alasan, saya perlu ‘memahligaikan’ rumah saya terlebih dahulu sedangkan haji hanya untuk yang mampu. Memandangkan rumah saya belum cukup mahligai, maka saya dikira tidak mampu. Bolehkah begitu?

Soal Pas memperjuangkan Hudud secara bermusim, mungkin betul. Mungkin pemimpin dalam Pas perlu melihat persoalan ini secara mendalam. Tetapi bagi kami yang menjadi ahli, kami tahu sekuat mana

iltizam pemimpin kami untuk menegakkan hudud. Boleh kata dalam setiap ceramah, penegakan hukum hudud dibicarakan tanpa mengira musim. Mungkin promosi oleh media perdana sahaja yang bermusim.

Tetapi persoalan yang lebih besar, bolehkah orang Islam menolak hudud? Dan bolehkah atau berhakkah kafir laknatullah mempersoalkan kewajaran hudud dilaksanakan? Ianya sama seperti orang Islam yang menolak Rukun Iman dan Rukun Islam serta membenarkan kafir laknatullah mempersoalkan ibadah umat Islam seperti solat, puasa dan zakat. Ianya zalim. Bukan menzalimi muslim tetapi menzalimi Allah yang memiliki muslim dan setiap dari alam bahkan yang mencipta kehidupan!

Sama ada Pas ikhlas dalam perjuangan atau tidak, itu bukan soal yang nyata. Yang pasti, Pas ada niat meletakkan hukum Allah melebihi seluruh hukum yang lain. Persoalan yang lebih utama ialah, di manakah kedudukan muslim yang mempertikai, mengkritik bahkan menolak hukum hudud? Masihkan mahu mengaku sebagai muslim? Lebih baik jangan.
Malulah kepada Allah! Malulah setelah menafikan kepandaikan Allah, kita hendak mengaku percaya kepadaNya?  Kita adalah terlalu kerdil dan bodoh jika dibandingkan dengan kepandaian Allah. Sebagai muslim, WAJIB kita percaya dengan al-Quran. Percaya bukan setakat baca. Percaya adalah dengan mempraktikkan apa yang terkandung di dalamnya. Kita baca buku Fizik, kita percaya PV=nRT. Jadi kita baca al-Quran, maka kita percaya hukum di dalamnya
adalah suatu tuntutan. Jangan tempah api neraka kerana mahu hidup dalam ‘air-cond’ di dunia.

Abu Naqibah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s