JAWAPAN PARLIMEN 23 FEBRUARI 2009 #43

Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatkaan apakah sasaran jangkamasa pendek (1-2 tahun) Suruhanjaya Pilihan Raya dalam pendaftaran pemilih bari berumur 21 tahun ke atas yang berjumlah enam juta orang. Kenapa pendaftaran oleh Penolong Pendaftar dari parti-parti politik dan NGO tidak disambungkan.  Kenapa pendaftaran automatik tidak dipertimbangkan?

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut rekod yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah sebenar pemilih baru yang berumur 21 tahun ke atas adalah empat juta orang. Justeru, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan dalam tempoh dua tahun, seramai dua juta orang pemilih baru yang berumur 21 tahun ke atas akan mendaftar. Ini dapat dilakukan menerusi pelbagai program yang teah dan sedang diatur.

SPR pada masa ini melaksanakan pelbagai program pendidian pengundi dan kempen kesedaran masyarakat yang dilakukan dari masa ke semasa saban tahun yang bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan golongan muda akan kepentingan berpatisipasi di dalam proses demokrasi negara. Di antaranya ialah program “outreach” yang diadakan di tempat-tempat awam, hari bertemu pelanggan setiap bulan, pertemuan dengan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS serta dengan pertubuhan parti politik dan NGO. Di masa akan datang, SPR bercadang untuk meluaskan lagi aktiviti pendaftaran melalui jalinan kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan, NGOs, parti-parti poliik dan media-media massa.

Walau bagaimanapun, ini tdak dapat menjamin dan memastikan mereka mendaftar sebagai pemilih memandangkan SPR tidak mempunyai hak untuk memaksa mana-mana individu yang telah menjadi pemilih berdaftar supaya keluar mengundi atau sebaliknya, pada hari mengundi, kerana ia bertentangan dengan perkara 5 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan prinsip hak kebebasan diri dan sekaligus bercanggah dengan prinsip demokrasi yang negara amalkan.

Berhubung dengan pelantikan penolong-penolong pendaftar dari kalangan wakil-wakil parti-parti politik dan agensi-agensi kerajaan, ianya dibuat berdasarkan kepada cadangan daripada pemimpin-pemimpin parti politik dan ketua-ketua jabatan. Pelantikan penolong-penolong pendaftar ini adalah tertakluk kepada penamatan sekiranya prestasi mereka tidak mencapai standard yang telah ditetapkan oleh SPR. Pelantikan semula penolong-penolong pendaftar ini juga adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dinyatakan tadi.

Mengenai pendaftaran pemilih secara automatik pula,  kerajaan belum bercadang untuk mengadakannya. Ini disebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatit di dalam kad pengenalan. Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia boleh menyebabkan timbulnya beberapa kesulitan kepada pemilih itu sendiri. Ini kerana, jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pengkalan data alamat di JPN menunjukkan bahawa seseorang pemilih itu menetap di sesuatu alamat tertentu sedangkan pada hakikat sebenarnya beliau telah berpindah ke suatu tempat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN, maka seseorang pemilih itu akan didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama.

Peraturan ini tidak mematuhi kehendak Perlembagaan mengenai tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan kerana beliau telah berpindah ke tempat lain, Jika berlaku pilihan raya, maka pemilih berkenaan akan menghadapi kesulitan untuk menentukan di pusat mengundi manakah beliau akan mengundi kerana namanya tidak disenaraikan di tempat engundi beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, adalah dikhuatiri ramai pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi mereka terletak jauh dari tempat kediaman mereka.

Oleh kerana itu, dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi di bahagian pilihan raya berkurangan dan akan menjejaskan imej negara di mata dunia. Berasaskan pada hakikat ini, maka kerajaan belum lagi bersedia untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik.

Jawapan dijawab oleh: Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s