JAWAPAN LISAN PARLIMEN 26 FEBRUARI #64

Dato Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjdikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan yang diberi kuasa autonomi seperti yang disarankan oleh bekas Pengerusi SPR sebelum persaraan beliau.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang berhormat, Kerajaan berpendapat bahawa kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika ini, sebagai sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau kecil sepertimana yang ditetapkan oleh Perkara 113 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah memadai. Sehubungan dengan itu, pada masa lepas dan pada masa kini, SPR telah pun menunjukkan keupayaannya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengendalikan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil (free and fair elections) di negara ini.

Berdasarkan kepada keputusan-keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya-pilihan raya kecil semenjak merdeka, terutamanya dalam pilihan Raya Umum ke-12 yang telah menyaksikan pihak pembangkang telah memenangi 82 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Hal yang sama, dalam Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh dan Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pihak pembangkang telah memenangi pilihan raya kecil tersebut dengan majoriti yang besar. Ini menunjukkan bahawa keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara baik dan sah (legitimate) oleh semua pihak sama ada pihak Kerajaan mahupun pihak pembangkang, Kerajaan yakin semua pihak telah berpuas hati dengan tugas-tugas yang telah dijanjikan oleh SPR semenjak ia diwujudkan.

Jika SPR diberi kuasa autonomi belum tenti semua pihak akan berpuas hati dengan proses keputusan sesuatu pilihan raya.

Untuk menjamin pilihan raya yang bebas dan adil, sistem yang diamalkan sekarang memberi peluang yang menyeluruh dan ruang yan luas kepada pihak-pihak yang terbabit, untuk sama-sama memastikan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan degan telus mengikut Undang-undang. Sebagai contoh, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk membenarkan pihak-pihak yang tidak berpas hati dengan keputusan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR untuk mengemukakkan petisyen pilihan raya kepada mana-mana Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Dalam hal ini, jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas jari dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, juga boleh mengemukakkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibuat.

Oleh itu, kerajaan berpendapat bahawa sistem yang wujud ketika ini masih yang terbaik dan wajar dikekalkan.

Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna Kerajaan tidak bersedia untuk responsif kepada tuntutan dan perubahan semasa. Malah, Kerajaan amat berkeyakinan, SPR berkuasa dan berkemampuan untuk melakukan usaha pengupayaan dengan melakukan proses penambahbaikan demi untuk memantapkan lagi sistem pilihan raya di Malaysia.

Sekian terima kasih.

Jawapan oleh: Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s