JAWAPAN PARLIMEN 5 MAC 2009 # 34

Tuan Gwo-Burne Lo [Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan halangan yang dihadapi oleh SPR dan JPN sehingga masih belum dpat menyelesaikan status 11,842 pemilih (yang tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama. Sila nyatakan juga tarikh bagi siasatan ini diberikan kepada pihak-pihak tersebut.


JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah beritndak dengan emmanjangkan 11,842 rekod nombor kad pengenalan lama pemilih yang tidak emmpunyai nombor kad pengenalan baru atau kad pengenalan 12 angka ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disiasat. Daripada 11,842 rekod nombor kad pengenalan lama, didapati terdapat sebanyak 212 rekod rekod nombor kad pengenalan lama yang direkodnya aktif di JPN. Buat masa kini, seramai 206 telah pun dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih manakala enam lagi telah dikeluarkan di atas alasan hilang layak sebagai pemilih.

Baki sebanyak 11,630 lagi telah diputuskan oleh SPR supaya dikeluarkan dari dalam daftar pemilih kerana tiada rekod di JPN. Walau bagaimana pun, SPR akan menyemak dan mengemas kini rekod pemilih ini dari semasa ke semasa bagi memastikan daftar pemilih yang digunakan adalah bersih dan kemas kini.
Sekian, terima kasih.


Jawapan dijawab oleh:  YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s