Bumiputerasim yang disalahgunakan

http://www.drboochenghau. blogspot. com

Tujuan saya membangkitkan perbandingan di antara Apartheid dan Penyalahgunaan Bumiputeraism dalam dasar ekonomi adalah untuk menarik perhatian Kerajaan terhadap ketidakpuasan pelabur Dana Johor terhadap harga belian balik satu saham 50 sen manakala pelabur Amanah Saham Johor ditawarkan harga belian balik satu unit satu ringgit.

Maka layanan berbeza ini boleh dikatakan bersifat “Apartheid” yang memisahkan dua golongan Warga Johor. Seperti yang dikatakan oleh YAB Menteri Besar 49% pelabur Dana Johor adalah Orang Melayu. Oleh itu, tujuan saya adalah mengharapkan Pelabur Dana Johor Melayu ditawarkan harga belian balik saham yang saksama juga jika berbanding dengan Amanah Saham Johor.

Tambahnya sesetengah bank menwujudkan dua kadar faedah berasaskan Ahli dan Bukan Ahli. Sebenarnya, keahlian tidak ditawarkan kepada bukan Bumiputera walaupun mereka miskin. Dasar ini bukannya tindakan afirmatif tetapi lebih bercorak segregasi dan menjejaskan perpaduan di antara warga Malaysia.

Apartheid adalah ditafsirkan sebagai “separate development” (Pembangunan Berasingan) berasaskan layanan berbeza dihulurkan kepada warga berasaskan bukan sahaja kaum atau warna kulit.

Apartheid bukan sahaja mengasingkan Orang berkulit Hitam dan Putih, tetapi Orang Melayu juga didiskriminasi sebab mereka diklasifikasi sebagai Coloureds berstatus Bukan Bumiputera di bawah pemerintahan Rejim Apartheid.

Tegasnya, menurut analisa ahli-ahli sejarah, Apartheid bukan sahaja wujud dari segi fizikal di mana kemudahan awam diasingkan menurut warna kulit tetapi dasar sisioekonomi yang memisah-misahkan berbagai warga negara, iaitu kelas elit pemerintah menjadi semakin kaya dan kelas bawahan menjadi semakin miskin.

Saya membangkitkan isu Bumiputeraisme di bawah Pemerintahan Barisan Nasional adalah kerana Bumiputearsim telah disalahgunakan untuk memperkayakan segelintir Elit yang berkuasa dan tidak mendatangkan manfaat sewajarnya untuk semua Anak Malaysia sedangkan kita sepatutnya berusaha menwujudkan satu rumpun bangsa Malaysia.

Oleh itu, penyalahgunaan konsep Bumiputeraism mendatangkan ketidakadilan, kronisme, nepotisme dan rasuah malahan menyakitkan hati kalangan yang diklasifikasi sebagai Bukan Bumiputera di mana kesetiaan mereka sentiasa dipersoalkan. Contohnya, Prof. Dr. Fatimah Daud dari UIAM telah membuat hujah bahawa saya ‘boleh segera keluar dari negara ini dan bermigrasi ke Afrika Selatan untuk merasai sendiri amalan aparteid di sana…kita tidak perlu orang begini di sini. Mereka boleh keluar dari Malaysia dan pergi ke Afrika Selatan atau Amerika.” Kenyataan berkenaan amat dikesali.

Sebagai “Bukan Bumiputera”, kesetiaan mereka sentiasa dipersoalkan oleh kalangan segelintir elit Bumiputera seumpama Prof. Fatimah seolah-olah mereka dilahirkan dengan kuasa untuk menghina kesetiaan warga Malaysia lain.

Saya tidak pernah berhasrat memprovokasi kebenciaan terhadap mana-mana pihak termasuk kerajaan Barisan Nasional atau mencetus sentimen perkauman. Di sebaliknya, saya mempercayaai ketidakadilan dalam apa-apa bentuk jua mesti dibetulkan sama ada dilakukan kepada mana-mana warga Malaysia.

Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani menyamakan Ketuanan Melayu dengan Ketuanan Raja-raja Melayu. Isu Kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak pernah timbul dalam ucapan tangguhan saya, sedangkan saya mempercayaai Raja-Raja Melayu bukan sahaja Pelindung Orang Melayu tetapi juga Pelindunng semua anak Malaysia. Raja-Raja Melayu sepatutnya adalah simbol perpaduan bagi semua Anak Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s