Isu Penggunaan Islam

1. Tidak salah guna perkataan Allah – Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai pembatalan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian kerana terdapat kesilapan pada warta yang dikeluarkan.

Jelasnya, biarlah isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian diselesaikan oleh pihak yang berkenaan.

Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau sendiri keliru berkenaan isu ini yang banyak dilaporkan media tempatan.

“Dulu timbul isu kesilapan mentafsir tetapi kali ini berlainan pula oleh itu saya tak ambil perhatian sangat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penggunaannya kepada orang bukan Islam katanya, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

“Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya.

“Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam,” katanya.

2. Penggunaan perkataan Allah digunakan oleh orang islam sahaja

Ahli Parlimen Baling daripada Pas, Taib Azamudden Md Taib mempunyai pandangan berbeza dengan Mursyidul Am parti itu, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penganut agama bukan Islam.

Beliau yang memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu itu pada sidang Dewan Rakyat semalam, berkata penggunaan perkataan itu oleh agama lain di negara ini boleh menimbulkan kekeliruan.

bekas Imam Besar Masjid Negara itu berkata pendiriannya berlandaskan kesucian Islam.

Beliau memberi penjelasan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberinya peluang menyatakan pendiriannya. Ahmad Zahid berbuat demikian ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi Jabatan Perdana Menteri selepas dua Ahli Parlimen daripada Pas berhujah perkataan Allah patut dibenarkan diguna agama lain.

“Dalam konteks Malaysia, ia akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan datang, tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain.

“Contohnya, (boleh berlaku) jika kita tanya penganut agama lain ke mana dia hendak pergi, mereka (boleh) kata nak sembah Allah… kita tanya Sri Gading (Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Seri Mohamad Aziz) juga kata nak sembah Allah,” kata Taib Azamudden.

Taib Azamudden juga menjelaskan mengenai Allah dalam Islam serta dalam agama lain seperti Yahudi dan Kristian yang menyifatkan Allah mempunyai anak, sedangkan konsep ketuhanan dalam Islam adalah tauhid.

Ahmad Zahid kemudian berkata, penjelasan Taib Azamudden itu adalah pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan serta sebahagian besar rakyat Malaysia.

Katanya, pada masa ini 10 negeri sudah mewartakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu kecuali Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s