MCA: Mahkamah syariah ‘terlalu ghairah agama’

Malaysiakini
MCA menyifatkan keputusan menukar agama kanak-kanak bukan Islam berusia 15 bulan sebagai “keghairahan agama berlebihan” dan “salah guna sewenang-wenangnya” tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

“Peluasan tidak sewajarnya bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes seumpama ini memburukkan lagi keadaan,” kata ketua biro pendidikan parti itu Gan Ping Sieu.

Beliau mengulas keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini selepas dimohon oleh si ibu Chew Yin No, atau nama mualafnya Siti Zubaidah Chew Abdullah, tanpa persetujuan si bapa Hoo Ying Soon.

Kanak-kanak itu dilaporkan ditukarkan namanya kepada Nurul Syuhada Chew Abdullah pada 3 Februari selepas ibunya menganut Islam pada 28 Januari.

Manakala mahkamah syariah negeri itu memberikan hak penjagaan sementara Nurul Syuhada kepada Siti Zubaidah.

Gan menambah, bidang kuasa khusus mahkamah syariah untuk orang Islam seperti Perkara 121 (A) tidak bermakna Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sivil harus tunduk pada peraturan Islam.

“Perkahwinan pasangan itu dibuat dalam bidang kuasa sivil, maka perceraian dan isu-isu yang berbangkit mestilah diselesaikan menurut undang-undang sivil,” katanya.

MCA berpendapat, keputusan menukar agama anak harus diputuskan bersama oleh kedua-dua ibu bapanya tetapi ia melibatkan penjelasan beberapa teks berkaitan perlembagaan.

Tambah Gan, pada 1980-an, perkataan “ibu bapa” yang membawa maksud jamak dalam Kamus Dewan digunakan dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan seperti diterbitkan oleh Percetakan Nasional.

“Bagaimanapun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Percetakan Nasional secara misteri telah menukar ‘ibu bapa’ kepada ‘ibu atau bapa’ (maksud tunggal),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gan juga menyatakan kekecewaan dengan tindakan mengambil kesempatan melalui proses perundangan syariah sehingga menjejaskan pasangannya dan anggota keluarga suami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s