Dakwat Kekal

Dato Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar pihak Kerajaan melalui Peguam negara telah memaklumkan kepada Pengerusi SPR bahawa Kabinet membuat keputusan tidak membenarkan penggunaan dakwat kekal menjelang PRU ke-12 yang lalu.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, kenyataan yang dibuat oleh YB dari Kota Bhari adalah tidak benar.

Keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal dibuat adalah disebabkan cadangan tersebut bercanggah dengan Peruntukan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan dan juga atas sebab-sebab keselamatan seperti mana yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR tempoh hari.

Seperti mana Ahli yang Berhormat sedia maklum, mengundi adalah hak setiap warganegara Malaysia dan tidak ada siapa yang boleh menghalang untuk seseorang mengundi jika ia enggan untuk dicalit dengan dakwat kekal.

Oleh yang demikian, cadangan tersebut tidak boleh dilaksanakan melalui pindaan kepada Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan dibuat terlebih dahulu.

Jawapan oleh: Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s