JAWAPAN PARLIMEN 10 MAC 2009 #60

Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pengundi berdaftar dan tidak berdaftar di Setiap negeri, apakah strategi diambil untuk memaksimumkan pendaftaran termasuk menggantikan langkah-langkah yang selama ini telah gagal dengan tujuan untuk memaksimumkan pendaftaran.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pemilih berdaftar di seluruh negara sehingga 31 Disember 2008 adalah seramai 10,983,917 orang. Manakala berdasarkan makluman terkini yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, jumlah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belum mendftar sebagai pemilih sehingga kini adalah seramai 3.7 juta orang berbanding tahun 2007 iaitu sramai 4.2 juta orang.

Dalam usaha memaksimumkan pendaftaran, pelbagai langkah yang telah diambil oleh SPR. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh SPR adalah seperti berikut:

a) mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan pada setiap bulan di seluruh Malaysia melalui Pejabat Pilihan Raya Negeri

b) menganjurkan program outreach di tempat-tempat awam di seluruh negara dari semasa ke semasa bagi membolehkan warganegara yang layak mendaftar sebagai pemilih dan pemilih yang telah mendaftar membuat pertukaran alamat pusat mengundi dengan mudah.

c) membuka kaunter pendaftaran melalui Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara

d) melantik Penolong Pendaftar dari kalangan wakil parti politik dan agensi-agensi kerajaan bagi membantu SPR mendaftarkan warganegara Malaysia yang layak.

Melalui usaha-usaha yang telah dilaksanakan seperti di atas, semua golongan masyarakat digalakkan dan didedahkan mengenai hak dan tanggungjawab untuk mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam sesuatu pilihan raya serta menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sekian terima kasih.

Jawapan: Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s