Kaji semula desakan melarang penggunaan perkataan Allah sebelum mahkamah membuat keputusan

DAP meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengkaji semula keputusanya mendesak semua kerajaan negeri mewartakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam mana-mana penerbitan bukan Islam.

Adalah lebih baik jika Menteri itu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan yang akan hanya mengeruhkan lagi hubungan harmoni rakyat Malaysia.

Zahid Hamidi telah dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau mahu negeri-negeri yang tidak mempunya raja iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak turut mewartakan larangan tersebut.

Catholic Herald telah mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk membolehkannya menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, dan kini sedang menanti keputusan mahkamah.

Kita tahu sebelum ini Kementerian Dalam Negeri telah pun mengeluarkan warta membenarkan pengunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan agama selain Islam pada 16 Februari lalu. Tetapi pewartaan perintah itu kemudiannya dibatalkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang megakui berlaku kesilapan dalam memberi kebenaran itu. Syed Hamid juga berkata larangan menggunakan perkataan “Allah” kekal sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusannya.

Dalam hal ini, DAP merasakan tidak adil bagi Zahid Hamidi untuk memaksa negeri-neri mewartakan larangan itu tanpa mempedulikan keputusan mahkamah.

Kita juga berharap Zahid Hamidi dan para pemimpin UMNO tidak menggunakan isu sensitif ini semata-mata untuk tujuan merebut jawatan dalam pertandingan parti pada akhir bulan Mac ini.

Mereka harus bertanggungjawab terhadap keharmonian negara dan hak asasi rakyat di Malaysia. Yang penting untuk kita ialah menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara di mana kita berkongsi hidup dan tidak ada sesiapa pun patut menganggap dirinya lebih tinggi darjat atau kedudukan dari orang lain.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s