Kerajaan Tidak Hasrat Gubal Undang-undang Jaga Kepentingan Orang Asal

Kerajaan persekutuan merasakan tidak ada keperluan untuk menggubal undang-undang spesifik untuk melindungi hak-hak kaum minoriti memandangkan mereka sentiasa dilindungi dan diberi perhatian sewajarnya.

Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Manogaran Marimuthu, AHli Parlimen Telok Intan diDewan Rakyat 4 Mac lalu, kerajaan menolak pandangan beliau yang mendakwa Kerajaan gagal melindungi hak-hak kaum minoriti.

Menurut Nazri Abdul Aziz yang menjawab persoalan yang dibangkitkan itu bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dasar-dasar Kerajaan dan undang-undang Negara yang telah digubal sememangnya telah pun merangkumi aspek-aspek pemeliharaan kebajikan dan perlindungan hak-hak kaum minoriti.

Nazri juga mendakwa Manogaran yang membangkitkan isu tersebut hanya mahu mengeruhkan keadaan atau pun menangguk di air keruh bagi meraih keuntungan politiksempit masing-masing tanpa memikirkan keperluan untuk memelihara keharmonian antara kaum serta keperluan bagi terus bekerjasama dan hidup dengan semangat perpaduan dan tolak ansur yang jitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s