Pertandingan Karya Seni berunsur Islam

KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sedang menganjurkan pertandingan Anugerah Karya Seni Berunsur Islam (AKSI) sempena Bulan Dakwah dari Februari hingga Ogos ini bagi mengiktiraf hasil perjuangan pengkarya dalam bidang seni berunsur Islam dan dalam usaha penyebaran dakwah serta memartabatkan kesenian Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian dan Kebudayaan Bulan Dakwah Tan Sri Jins Shamsudin berkata hasil karya pertandingan ini bukan sahaja dapat dimanafaatkan di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Penulisan Skrip Telemovie 90 minit, Filem Pendek 10 minit, Filem Animasi Pendek 10 minit dan Lagu Berunsur Dakwah yang tidak melebihi lima minit.

Hadiah-hadiah untuk setiap kategori adalah RM7,000 untuk tempat pertama, RM5,000 tempat kedua dan RM3,000 tempat ketiga. Ia terbuka kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Pelajar kursus perfileman digalak menyertai pertandingan itu untuk mengembangkan bakat mereka, kata Jins.

Maklumat mengenai pertandingan ini boleh disemak di laman web Yadim iaitu http://www.yadim.com. my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s