Kor Ming dituduh persenda Islam

Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

bukit gantang by election nga kor ming dap ceramah 310309 01Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.

Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.

Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A’ raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga – yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis – menyebut Surah Al-A’raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.

Disiar dalam blog

Menurutnya, ceramah tersebut juga turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Oleh itu, Osman berkata, beliau merasa terpanggil untuk membuat laporan polis selaku presiden badan tersebut.

police report against nga kor ming 060409Beliau hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya yang sebahagiannya memakai baju BN dan baju yang dengan lambang Umno.

Sementara itu, Setiausaha kehormat badan tersebut, Hassan Hamzah meminta Nga memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya sedia memaafkan Nga jika beliau berbuat demikian. “kerana Islam merupakan agama yang menggalakkan perpaduan”.

Hassan juga turut menggesa badan agama Islam – antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan – supaya memberi penjelasan mengenai fatwa penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s