Dunia Islam dan pandangan serong media asing

Oleh: Sheikh Anwarul Mohamad Sharif

KEBELAKANGAN ini, kita sering terbaca di akhbar mengenai beberapa insiden di Arab Saudi melibatkan polis agama (mutaween) yang bertindak ganas dan melulu sehingga ramai rakyat berwaspada dan rasa terancam.

Daripada insiden pencerobohan perkuburan Baqi di Madinah yang menegangkan lagi hubungan antara dua mazhab, ia disusuli dengan penangkapan seorang wanita tua yang dituduh khalwat bersama dua pemuda semasa pemuda itu berkunjung untuk memberi makanan harian berupa sekeping roti.

Pihak polis agama sekali lagi dikecam hebat apabila mereka membelasah seorang lelaki yang disangka bersama seorang wanita bukan mahram tanpa menyiasat atau mendengar rayuan lelaki itu dahulu.

Para pengkritik menuding jari ke arah golongan agama di negara itu yang berfaham Sunni tegar dan membidas keengganan mereka bersikap moderat, berkompromi atau mengamalkan Islam mengikut peredaran zaman.

Banyak laporan mengenai perkembangan yang tercetus di Timur Tengah amnya dan Arab Saudi khususnya, telah dieksploitasi oleh pihak media, terutamanya media Barat.

Media asing sering memaparkan imej negatif, menonjol pandangan serong, menyembunyikan fakta dan mentakwil sesuatu ucapan berbeza daripada maksud sebenar.

Saya menyeru agar para pembaca membuat penilaian ilmiah dan rajin-rajin membaca berita daripada agensi media Asia Timur Tengah seperti Arab News, Al Jazeera dan Asharq Al Awsat (berpusat di London) demi meraih maklumat tepat dan menyeluruh.

Berbalik kepada rentetan insiden yang disebutkan di atas, pihak polis agama Arab Saudi sebenarnya tidak sekolot atau seburuk seperti yang digambarkan media.

Meskipun ia pernah mengharamkan telefon bimbit kamera pada 2004, ia telah mengubah pendekatannya pada 2007 dengan pelancaran kempen bermoto Yesterday’s enemies are today’s friends, yang bertujuan mendekati golongan belia menerusi teknologi Bluetooth.

Mungkin ada yang berpendapat perubahan ini sepatutnya sudah lama terjadi, namun apa yang perlu kita ketahui ialah Arab Saudi tidak pernah menolak pembangunan dan ciptaan moden, hanya sahaja ia lebih bersikap waspada terhadap kesan negatif yang mengiringinya.

Demi mempertingkat mutu pekerjaan, setiap anggota perlu menjalani program komunikasi, mempelajari bahasa selain Arab dan mematuhi kod etika sewaktu bertugas.

Statistik 2008 yang dikumpulkan The Commission for the Promotion of Virtue and the Prevention of Vice (CPVPV) menunjukkan bahawa 3,302 kes dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan 94 peratus jumlah ini tidak diuar-uarkan kepada orang awam.

Ini bermakna laporan berita yang kita baca hanyalah 6 peratus daripada kes yang terjadi dan daripada jumlah kecil ini, ada yang telah dihebohkan atau diseleweng.

Selain itu, sebanyak 22,277 kes berkesudahan dengan ikatan kontrak di mana si pesalah harus berjanji tidak akan mengulangi kesalahan mereka lagi.

Ini membuktikan bahawa polis agama Arab Saudi sanggup berlembut jika golongan pesalah benar-benar menyesali perbuatan mereka.

Bagi golongan pembaca atau penggemar media massa, kita wajar mengutamakan kesahihan maklumat, bersikap adil dalam menilai sesuatu berita dan memahaminya dari beberapa sumber dan sudut yang berbeza, bukan sekadar baca dan terima./ BHS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s