Masih banyak yang perlu dilakukan untuk Orang Asli

Kenyataan Akhbar

Majlis Peguam Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap kes Sagong Tasi yang membabitkan pengambilan 38.477 ekar tanah adat kaum Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil pada tahun 1995.

Kami prihatin bahawa walaupun Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai, mereka adalah kumpulan masyarakat yang telah diabaikan sekian lama.  Majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan.  Amalan tanda dan cakap-cakap kosong yang ditawarkan kepada masyarakat ini harus dihentikan.  Kaedah bagaimana negara ini melayan keperluan-keperluan dan hak-hak masyarakat ini mencerminkan komitmen kita kepada demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Kami menyeru supaya Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengambil tindakan segera untuk menunaikan tanggungjawab fidusiari mereka untuk menghormati, mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak tersebut.

Kami juga menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dengan mewartakan tanah-tanah adat sebagai kawasan tanah simpanan Orang Asli, dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai.

Baru-baru ini, Majlis Peguam telah mengemukakan satu usul berkaitan hak-hak masyarakat Orang Asli di Mesyuarat Agung-nya kali ke-63 yang telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Peguam Malaysia.  Selaras dengan usul tersebut, Majlis Peguam menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa bersama oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang bertujuan untuk memantau isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli dan kami komited untuk menjadi sekutu kepada inisiatif ini.

Kami difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga telah menubuhkan satu Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor dan usaha seperti ini wajar dipuji.  Kami akan cuba mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan badan ini tidak berapa lama lagi dan kami berharap Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Selangor.

Majlis Peguam mengulangi sokongan dan kesediaan membantu Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menjayakan usaha seperti ini yang sewajarnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat.

Ragunath Kesavan
Presiden
Badan Peguam Malaysia

30 April 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s